Harian Metro 15 April 2010
TANJUNG TUALANG: Gerak hati seorang isteri yang tiba-tiba teringat kepada suaminya dan berasa tidak sedap hati membawa petanda duka apabila tidak lama selepas itu beliau dimaklumkan mengenai kematian suaminya akibat dipanah petir, petang kelmarin.
Bagi Rosmawati Wori, 46, lebih menyayat hati, suaminya, Zahari Din, 48, ditemui orang awam dalam keadaan tidak bernyawa dalam sampan di sebuah lombong tinggal di Sungai Durian, dekat sini, kira-kira jam 6.30 petang selepas dipanah petir ketika menjala ikan.
“Saya sedang berbual dengan anak-anak di rumah kerana ketika kejadian hujan lebat serta petir dan ketika sedang rancak berbual, saya tiba-tiba berasa tidak sedap hati sambil memikirkan mengenai suami.
“Biarpun sudah biasa pergi menjala seorang diri sejak 13 tahun, itulah kali pertama saya berperasaan sedemikian dan berasa begitu risau mengenai keselamatan suami tambahan ketika itu hujan begitu lebat serta petir sabung menyabung,” katanya ketika ditemui di Hospital Batu Gajah, malam kelmarin.
Beliau berkata, dia kemudian melihat ke luar rumah dan perasaannya bertambah cemas apabila mendapati ramai orang lalu di depan rumahnya untuk pergi ke arah lombong tempat suaminya menjala.
Sejurus kemudian, katanya seorang jiran datang ke rumah memberitahu bahawa suaminya meninggal dunia akibat dipanah petir ketika menjala.
Beliau yang tinggal di Taman Teja, dekat sini, berkata arwah suaminya tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap sebelum keluar rumah kira-kira jam 5.30 petang untuk menjala di lombong berkenaan. “Arwah sudah keluar menjala pada sebelah pagi tapi disebabkan sikapnya yang tidak boleh duduk diam, dia sekali lagi keluar menjala pada sebelah petang. “Sebelum keluar rumah, arwah tidak menunjukkan sebarang kelakuan aneh. Sejurus mengambil botol air minuman di dapur, arwah terus keluar rumah tanpa meninggalkan sebarang pesanan.
“Saya reda dengan pemergian arwah kerana Allah SWT lebih menyayanginya. Namun, saya sedikit terkilan kerana hasrat arwah untuk melihat majlis perkahwinan anak sulung kami pada November ini tidak kesampaian apabila dia pergi meninggalkan kami sekeluarga terlebih dulu,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Batu Gajah, Asisten Komisioner Najib Mohamad berkata, polis menerima maklumat daripada orang awam mengenai penemuan seorang lelaki dalam keadaan terbaring di dalam sampan di sebuah lombong di Sungai Durian kira-kira jam 6.30 petang.
“Anggota polis yang bergegas ke tempat kejadian mendapati mangsa yang berada di dalam sampan itu sudah meninggal dunia dipercayai akibat dipanah petir ketika sedang menjala di lombong berkenaan. Pemeriksaan mendapati mangsa mengalami kecederaan melecur di bahagian dada, sebahagian kepala dan muka.
“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Batu Gajah untuk dibedah siasat,” katanya di sini, semalam.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Suamidipanahpetir/Article/index_html

Tiada ulasan:
Catat Ulasan