FIRMAN ALLAH

Dialah yang memperlihatkan kepada kamu kilat, untuk menimbulkan ketakutan dan keinginan dan Dialah yang menyusun awan yang berat.

Dan bertasbihlah petir dengan memujiNya, dan malaikat pun lantaran takut kepadaNya, dan Dia kirimkan halilintar (kilat) dan Dialah timpakan kepada barangsiapa yang Dia kehendaki, namun mereka masih membantah tentang Allah, padahal Dia adalah sangat pedih siksaan.
(Surah Ar Ra’ad :12-13)

Khamis, 22 April 2010

Bangunan Kolej 11 UPM, Terbakar Disambar Petir

April 18, 2010

Guruh yang diselangi dengan kilat kemudian diikuti dengan hujan pada hari ini, menyebabkan sebuah kolej kediaman di Universiti Putra Malaysia, terbakar akibat disambar kilat petang tadi. Sebahagian kecil bangunan Kolej 11 UPM, itu terbakar sebaik sahaja disambar petir, menyebabkan penghuni kolej keluar untuk menyelamatkan diri.

Tindakan pantas pihak bomba telah berjaya memadam kebakaran tersebut daripada merebak. Difahamkan, kebakaran berulang buat kali kedua, setelah pihak bomba selesai dan balik daripada tempat kejadian. Situasi tersebut menyebabkan warga siswi yang menghuni bangunan terbabit bertindak keluar dan menyelamatkan diri. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan jumlah kerugian masih tidak dapat dikenalpasti.

Walaubagaimanapun, beberapa warga siswi memaklumkan bimbang kejadian tersebut berulang dengan tanpa disedari, terutamanya pada waktu tengah malam.

http://promahasiswaupm.wordpress.com/2010/04/18/bangunan-kolej-11-upm-terbakar-disambar-petir/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan