FIRMAN ALLAH

Dialah yang memperlihatkan kepada kamu kilat, untuk menimbulkan ketakutan dan keinginan dan Dialah yang menyusun awan yang berat.

Dan bertasbihlah petir dengan memujiNya, dan malaikat pun lantaran takut kepadaNya, dan Dia kirimkan halilintar (kilat) dan Dialah timpakan kepada barangsiapa yang Dia kehendaki, namun mereka masih membantah tentang Allah, padahal Dia adalah sangat pedih siksaan.
(Surah Ar Ra’ad :12-13)

Khamis, 22 April 2010

Kelam-kabut bila hospital terbakar di panah petir

11 Apr 2009 6:43PM


PUTRAJAYA: Sebahagian kawasan wad di tingkat 3 Hospital Putrajaya terbakar akibat panahan petir ketika hujan lebat pada jam 4.38 petang tadi.

Difahamkan api bermula di wad bersalin hospital berkenaan dan pesakit di wad berkenaan dan wad lain di aras itu sudah dipindahkan.

Anggota pasukan Bomba dan Penyelamat yang dikejarkan ke tempat kejadian sudah memandamkan kebakaran dan sedang menyiasat punca kebakaran dan kerosakan kepada bangunan.

Bangunan hopital itu kini dikawal ketat anggota polis dan wartawan tidak dibenarkan masuk membuat liputan.

http://www.klpos.com/news/2009/04/11/1.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan