FIRMAN ALLAH

Dialah yang memperlihatkan kepada kamu kilat, untuk menimbulkan ketakutan dan keinginan dan Dialah yang menyusun awan yang berat.

Dan bertasbihlah petir dengan memujiNya, dan malaikat pun lantaran takut kepadaNya, dan Dia kirimkan halilintar (kilat) dan Dialah timpakan kepada barangsiapa yang Dia kehendaki, namun mereka masih membantah tentang Allah, padahal Dia adalah sangat pedih siksaan.
(Surah Ar Ra’ad :12-13)

Khamis, 29 Mac 2012

Penduduk bimbang Taman Zaiton Indah 'lubuk' petir, kilat


Penduduk bimbang Taman Zaiton Indah 'lubuk' petir, kilat

29 Mac 2012 : Penduduk di sekitar Taman Zaiton Indah, Ampangan, Seremban, agak risau tentang keselamatan keluarga mereka kerana di kawasan itu kerap menjadi sasaran petir dan kilat yang kadangkala mengeluarkan bunyi amat kuat seperti bom meletup diikuti dengan cahaya kilat berkilauan hingga masuk ke dalam rumah.

Dentuman kuat itu juga menyebabkan beberapa rumah penduduk mengalami kerosakan modem dan peralatan komputer.

Ada antara mereka yang mengeluh kerana dalam masa tiga bulan sahaja lebih daripada sebuah komputer rosak akibat panahan petir dan kilat.

Diharap pihak Jabatan Kaji Bumi atau Jabatan Kaji Cuaca atau mana-mana jabatan berkaitan memberikan kerjasama bagi menyiasat sama ada kilat yang kerap berlaku sehinggakan cahayanya masuk ke dalam rumah walaupun rumah bertutup rapat itu bahaya kepada penghuni ataupun tidak.

Syed Abdullah Syed Osman Jamalullail
Ampangan, Seremban

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0329&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_04.htm


Sabtu, 17 Mac 2012

Mangsa rebah, 9 lagi tercampak

Mangsa rebah, 9 lagi tercampak

17 Mac 2012

ALOR GAJAH: “Tiba-tiba saya dengar dentuman guruh sebelum melihat kilat menyambar badan arwah (Ridhwan Jamal, 20) yang rebah di atas padang dan kejang, manakala saya dan lapan rakan lain tercampak atas padang.”

Begitu kata saksi kejadian, Mohd Amirul Shamsir, 20, yang menyaksikan rakannya rebah tidak sedarkan diri selepas disambar petir ketika bermain bola di padang bola stadium Kuim di Kuala Sungai Baru, di sini, jam 6.30 petang kelmarin.

Mangsa, penuntut semester empat jurusan kejururawatan baru masuk ke padang memulakan perlawanan separuh masa kedua sebelum dipanah petir.

Mohd Amirul berkata, ketika kejadian dia bersama mangsa dan rakan sepasukan baru mengambil posisi masing-masing dengan perlawanan separuh masa kedua belum bermula sebelum dikejutkan dengan dentuman guruh dan petir.

“Kami terpaksa berhenti daripada bermain bola apabila hujan lebat diikuti dentuman guruh serta kilat berselang-seli dan berteduh di bahagian tempat duduk berbumbung (grand stand) stadium sebelum masuk semula ke padang untuk meneruskan permainan apabila keadaan reda.

“Semasa kami masuk ke padang, hujan masih renyai-renyai dan pemain mengambil posisi masing-masing untuk menyambung semula permainan sebelum saya mendengar dentuman petir,” katanya.

Menurut Mohd Amirul, selepas itu mereka melihat arwah terbaring di atas padang dan tidak sedarkan diri dalam keadaan kasut berlubang, manakala sebahagian badannya terbakar sebelum mengangkatnya ke grand stand.

“Saya sempat lihat bagaimana tubuh arwah yang disambar petir ketika itu terkaku seketika sebelum berpusing dan jatuh di atas padang dan kami yang melihat kejadian itu segera mendapatkan arwah yang sudah tidak sedarkan diri.

“Dalam keadaan panik, seorang rakan kami berlari ke arah grand stand untuk mengambil kain bagi memudahkan kami mengangkat tubuh arwah yang mengeras ketika itu ke tempat lebih selamat.

“Mangsa masih bernyawa ketika itu dan kami terus membawanya ke Hospital Kem Terendak untuk rawatan sebelum dimaklumkan arwah meninggal dunia tidak lama kemudian,” katanya ketika ditemui di perkarangan Bilik Mayat Hospital Melaka, pagi semalam.

Sementara itu, kakak sulung arwah, Roslinda, 41, berkata, arwah adiknya, mula menunjukkan perubahan sejak sebulan lalu apabila jarang pulang ke rumah, malah seperti menjauhkan diri darinya.

“Setiap minggu biasanya arwah akan balik ke rumah, kebelakangan ini dan hampir sebulan dia tak balik. Minggu lalu arwah ada jumpa saya tapi keadaannya seperti tergesa-gesa dan keluar semula cuma saya tak sampai hati nak tanya dia,” katanya.

Menurut Roslinda, arwah anak bongsu dari enam beradik tinggal bersamanya di Kampung Taboh Naning, Simpang Ampat, di sini, sejak kematian ibu bapanya mereka dan disifatkan seorang penyabar dan tenang dalam apa juga keadaan.

“Rabu lalu, arwah ada hubungi saya katanya dia nak guna duit nak beli kasut bola yang baru tapi saya minta dia bersabar sehingga gaji masuk minggu hadapan dan arwah hanya mengiyakan tanpa membantah. “Sebelum ini saya berhasrat beri arwah RM400 pada hujung bulan ini bagi perbelanjaan harian di kolej, tapi saya terpaksa tangguhkan dulu hasrat itu kerana belum terima gaji,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Mangsarebah_9lagitercampak/Article/index_html

Ajal ketika dirawat

ALOR GAJAH: Pelajar Kolej Universiti Islam Melaka (Kuim), yang parah akibat disambar petir ketika bermain bola sepak bersama rakannya di Stadium Kuim, di Kuala Sungai Baru, di sini, kira-kira jam 6.30 petang kelmarin disahkan meninggal dunia ketika menjalani rawatan di Hospital Kem Terendak.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin, berkata mangsa adalah Ridhwan Jamal, 20, yang kini mengikuti pengajian semester empat dalam jurusan kejururawatan di kolej berkenaan.

Katanya, berdasarkan siasatan awal dan soal selidik dilakukan terhadap rakan mangsa yang terselamat, kejadian itu dipercayai berlaku ketika hujan renyai.

“Difahamkan, semua mereka berhenti bermain bola sepak apabila hujan lebat sebelum menyambung semula apabila hujan mulai reda sebelum mangsa rebah akibat dipanah petir.

“Panahan kilat yang dipercayai tepat mengenai tubuh mangsa menyebabkan dia rebah sementara sembilan rakannya turut dikatakan tercampak, namun tidak mengalami kecederaan manakala yang lain juga terselamat,” katanya ketika dihubungi di sini.

Menurut Umar Ali, mangsa tidak sedarkan diri selepas sebahagian badannya terbakar kemudian diberikan rawatan sebelum dibawa ke Hospital Terendak, namun disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Ajalketikadirawat/Article/index_html

Pelajar maut dipanah petir

Pelajar maut dipanah petir

17 Mac 2012


DI padang stadium inilah Mohd. Ridwan menemui ajal selepas dipanah petir ketika hendak bermain bola sepak di Alor Gajah, Melaka kelmarin.

MELAKA - Hajat seorang pelajar tahun dua Kolej Universiti Islam Melaka, Kuala Sungai Baru, Alor Gajah menyertai rakan-rakannya untuk bermain bola sepak di stadium kolej berkenaan musnah apabila dia maut selepas dipanah petir kelmarin.

Kejadian pukul 6.30 petang itu bukan sahaja mengakibatkan pelajar semester empat Diploma Kejururawatan, Mohd. Ridwan Jamal, 20, maut, malah sembilan lagi rakannya yang berada berdekatan turut tercampak kira-kira satu meter. Bagaimanapun, mereka tidak cedera.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika pelajar dari Taboh Naning, Alor Gajah itu baru sahaja melangkah masuk ke dalam padang untuk menyertai rakan-rakannya bermain bola sepak ketika hujan renyai-renyai.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0317&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm

Pelajar KUIM maut dipanah petir

2012/03/16

MELAKA: Seorang pelajar Kolej Universiti Teknologi Melaka (KUIM) maut dipanah petir sebelum menjalani latihan bola sepak di stadium kolej berkenaan di Kuala Sungai Baru semalam.

Dalam kejadian 6.30 petang itu, Mohd Ridwan Jamal, 20, pelajar semester empat Diploma Kejururawatan bersama sembilan rakan yang lain berada di tepi padang untuk menjalani latihan.

Kakak mangsa, Roslinda Jamal, 41, yang dimaklumkan mengenai insiden itu oleh rakan adiknya melalui panggilan telefon berkata, adiknya meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Kem Terendak, Sungai Udang.

"Lebih kurang jam 7 malam saya tiba di Hospital Kem Terendak dan diberitahu oleh doktor bahawa adik saya sudah meninggal dunia dan usaha menyelamatkannya melalui kaedah bantuan pernafasan juga gagal," katanya ketika ditemui di Hospital Melaka hari ini.

Mayat Mohd Ridwan yang juga anak bongsu dari enam adik-beradik itu di bawa ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat.

Roslinda berkata, dia dimaklumkan bahawa ketika kejadian, hujan renyai-renyai sebelum satu dentuman kuat diiringi panahan petir berlaku.

"Mereka beritahu saya, semua pelajar di padang berkenaan tercampak dari tempat masing-masing lalu melarikan diri dari padang itu sebelum menyedari Mohd Ridwan terbaring tidak sedarkan diri," katanya.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Supt Umar Ali Saifuddin Shaharudin, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut. - BERNAMA

http://www.bharian.com.my/articles/PelajarKUIMmautdipanahpetir/Article/

Ahad, 11 Mac 2012

Nyaris maut kena petir

Nyaris maut kena petir

11 Mac 2012

CHANGLUN: Seorang penoreh getah bernasib baik apabila tidak cedera apabila tikar getah dalam biliknya terkena panahan petir dalam kejadian ribut di Kampung Masjid, dekat sini.

Kejadian berlaku jam 7.30 malam Rabu lalu ketika warga emas, Ismail Had, 63, mengambil wuduk dalam bilik air apabila rumahnya tiba-tiba bergelap selepas bunyi dentuman guruh.

Ismail berkata, dia bersama isterinya, Rafeah Alang, 58, yang mahu mendirikan solat Maghrib terkejut tetapi tidak memikirkan apa-apa kejadian buruk selepas mendengar bunyi guruh.

Menurutnya, anaknya yang tidur terjaga kerana terkejut mendengar guruh kuat, manakala dua cucunya yang makan di dapur terus menekup muka ketakutan sejurus bekalan elektrik dalam rumah terputus.

“Bagaimanapun, saya hanya menyedari ada kesan terbakar pada tikar getah ini keesokan hari (Khamis) memandangkan pada hari kejadian, rumah saya tidak mendapat sumber elektrik kerana bekalan terputus.

“Rumah ini nyaris terbakar apabila petir menyambar bahagian bilik hingga menyebabkan rekahan dan tikar getah juga terbakar,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Nyarismautkenapetir/Article/artikelMA

Sabtu, 10 Mac 2012

Sabah suffers power disruption, transmission line struck by lightning : SESB

KOTA KINABALU (March 8, 2012) : Many areas throughout Sabah suffered electricity supply disruption when a 132kv transmission line in Penampang- Beaufort was hit by lightning at 2.20pm causing several independent power producers with large capacities in Kota Kinabalu to trip.

Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) Asset Management senior general manager Ahmad Fuad Md Kasim in a statement faxed to the media here, said the incident caused SESB to lose generation capacity in the grid by 200 MW and thereby forcing SESB to activate its emergency load shedding in several areas in Sabah to ensure stability of the grid system in the state.

He said among the areas identified with power disruptions were Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau and Lahad Datu.

Ahmad Fuad said power supply was restored in stages from 4.08pm and a special team was set up to investigate to handle critical issues such as this to ensure it did not recur in future. - Bernama

http://www.thesundaily.my/news/317436