FIRMAN ALLAH

Dialah yang memperlihatkan kepada kamu kilat, untuk menimbulkan ketakutan dan keinginan dan Dialah yang menyusun awan yang berat.

Dan bertasbihlah petir dengan memujiNya, dan malaikat pun lantaran takut kepadaNya, dan Dia kirimkan halilintar (kilat) dan Dialah timpakan kepada barangsiapa yang Dia kehendaki, namun mereka masih membantah tentang Allah, padahal Dia adalah sangat pedih siksaan.
(Surah Ar Ra’ad :12-13)

Sabtu, 17 Mac 2012

Pelajar maut dipanah petir

Pelajar maut dipanah petir

17 Mac 2012


DI padang stadium inilah Mohd. Ridwan menemui ajal selepas dipanah petir ketika hendak bermain bola sepak di Alor Gajah, Melaka kelmarin.

MELAKA - Hajat seorang pelajar tahun dua Kolej Universiti Islam Melaka, Kuala Sungai Baru, Alor Gajah menyertai rakan-rakannya untuk bermain bola sepak di stadium kolej berkenaan musnah apabila dia maut selepas dipanah petir kelmarin.

Kejadian pukul 6.30 petang itu bukan sahaja mengakibatkan pelajar semester empat Diploma Kejururawatan, Mohd. Ridwan Jamal, 20, maut, malah sembilan lagi rakannya yang berada berdekatan turut tercampak kira-kira satu meter. Bagaimanapun, mereka tidak cedera.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika pelajar dari Taboh Naning, Alor Gajah itu baru sahaja melangkah masuk ke dalam padang untuk menyertai rakan-rakannya bermain bola sepak ketika hujan renyai-renyai.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0317&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm

Pelajar KUIM maut dipanah petir

2012/03/16

MELAKA: Seorang pelajar Kolej Universiti Teknologi Melaka (KUIM) maut dipanah petir sebelum menjalani latihan bola sepak di stadium kolej berkenaan di Kuala Sungai Baru semalam.

Dalam kejadian 6.30 petang itu, Mohd Ridwan Jamal, 20, pelajar semester empat Diploma Kejururawatan bersama sembilan rakan yang lain berada di tepi padang untuk menjalani latihan.

Kakak mangsa, Roslinda Jamal, 41, yang dimaklumkan mengenai insiden itu oleh rakan adiknya melalui panggilan telefon berkata, adiknya meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Kem Terendak, Sungai Udang.

"Lebih kurang jam 7 malam saya tiba di Hospital Kem Terendak dan diberitahu oleh doktor bahawa adik saya sudah meninggal dunia dan usaha menyelamatkannya melalui kaedah bantuan pernafasan juga gagal," katanya ketika ditemui di Hospital Melaka hari ini.

Mayat Mohd Ridwan yang juga anak bongsu dari enam adik-beradik itu di bawa ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat.

Roslinda berkata, dia dimaklumkan bahawa ketika kejadian, hujan renyai-renyai sebelum satu dentuman kuat diiringi panahan petir berlaku.

"Mereka beritahu saya, semua pelajar di padang berkenaan tercampak dari tempat masing-masing lalu melarikan diri dari padang itu sebelum menyedari Mohd Ridwan terbaring tidak sedarkan diri," katanya.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Supt Umar Ali Saifuddin Shaharudin, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut. - BERNAMA

http://www.bharian.com.my/articles/PelajarKUIMmautdipanahpetir/Article/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan