FIRMAN ALLAH

Dialah yang memperlihatkan kepada kamu kilat, untuk menimbulkan ketakutan dan keinginan dan Dialah yang menyusun awan yang berat.

Dan bertasbihlah petir dengan memujiNya, dan malaikat pun lantaran takut kepadaNya, dan Dia kirimkan halilintar (kilat) dan Dialah timpakan kepada barangsiapa yang Dia kehendaki, namun mereka masih membantah tentang Allah, padahal Dia adalah sangat pedih siksaan.
(Surah Ar Ra’ad :12-13)

Khamis, 29 Mac 2012

Penduduk bimbang Taman Zaiton Indah 'lubuk' petir, kilat


Penduduk bimbang Taman Zaiton Indah 'lubuk' petir, kilat

29 Mac 2012 : Penduduk di sekitar Taman Zaiton Indah, Ampangan, Seremban, agak risau tentang keselamatan keluarga mereka kerana di kawasan itu kerap menjadi sasaran petir dan kilat yang kadangkala mengeluarkan bunyi amat kuat seperti bom meletup diikuti dengan cahaya kilat berkilauan hingga masuk ke dalam rumah.

Dentuman kuat itu juga menyebabkan beberapa rumah penduduk mengalami kerosakan modem dan peralatan komputer.

Ada antara mereka yang mengeluh kerana dalam masa tiga bulan sahaja lebih daripada sebuah komputer rosak akibat panahan petir dan kilat.

Diharap pihak Jabatan Kaji Bumi atau Jabatan Kaji Cuaca atau mana-mana jabatan berkaitan memberikan kerjasama bagi menyiasat sama ada kilat yang kerap berlaku sehinggakan cahayanya masuk ke dalam rumah walaupun rumah bertutup rapat itu bahaya kepada penghuni ataupun tidak.

Syed Abdullah Syed Osman Jamalullail
Ampangan, Seremban

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0329&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_04.htm


Tiada ulasan:

Catat Ulasan