FIRMAN ALLAH

Dialah yang memperlihatkan kepada kamu kilat, untuk menimbulkan ketakutan dan keinginan dan Dialah yang menyusun awan yang berat.

Dan bertasbihlah petir dengan memujiNya, dan malaikat pun lantaran takut kepadaNya, dan Dia kirimkan halilintar (kilat) dan Dialah timpakan kepada barangsiapa yang Dia kehendaki, namun mereka masih membantah tentang Allah, padahal Dia adalah sangat pedih siksaan.
(Surah Ar Ra’ad :12-13)

Selasa, 3 September 2013

Teenager struck by lightning


3 September 2013

SUBANG JAYA: It was supposed to be a happy occasion, but joy soon turned to grief.

Mohd Fareez Naim Mohd Fuzi, 18, was struck by lightning and killed while his pregnant aunt was injured.

He was holding an umbrella and walking in the rain with his aunt to a field, where a wedding reception for his brother was being held, when lightning struck at 3.30pm on Sunday.

The field was 200m from the family's home in Jalan TK5/11, Taman Kinrara, Puchong.

His father, Mohd Fuzi Mahmud, 55, said he was entertaining guests under the canopy at that time.

"I did not realise what had happened until the guests started screaming.

"They told me that my son and his aunt had been struck by lightning and thrown several metres away.

"I rushed to Fareez and saw him lying motionless. I tried to call him but there was no response."

Fareez Naim was declared dead on arrival at Columbia Asia Hospital in Bandar Puteri Puchong.

He was a first-semester student in electrical and electronic engineering at Port Dickson Polytechnic.

He was buried at the Kampung Bohol Muslim cemetery in Jalan Klang Lama yesterday.

Isnin, 2 September 2013

Pemuda maut disambar petir


2 September 2013

PUCHONG – Kegembiraan sebuah keluarga menyambut menantu pada majlis perkahwinan diadakan di Taman Mawar di sini semalam berakhir duka apabila adik pengantin lelaki maut disambar petir.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, mangsa Mohd Fareez Naim Mhd Fuzi, 18 dikatakan berjalan kaki memayungi ibu saudaranya ke kereta berikutan hujan lebat.

Ketika berada beberapa meter dari jarak khemah perkahwinan abangnya, mangsa, ibu saudaranya dan seorang sepupu perempuan berusia tujuh tahun tiba-tiba disambar petir dan tercampak.

Saksi kejadian, Abd Manap Kamal Baharin berkata, dia ternampak percikan api dan bunyi kuat seperti letupan.

Menurutnya payung yang dipegang mangsa terbakar dan panahan petir menyebabkan ketiga-tiga mangsa rebah di atas jalan.

“Beberapa tetamu yang berada di khemah terus berlari ke tempat kejadian sambil melaungkan ALLAHUAKBAR beberapa kali.

“Ketiga-tiga mangsa dikejarkan ke hospital, namun Fareez yang menuntut di Politeknik Port Dickson disahkan meninggal dunia beberapa minit selepas itu,” katanya.

Bapa arwah, Mhd Fuzi Mahmud, 55 berkata, sebelum kejadian anaknya tidak menunjukkan sebarang kelakuan pelik.

Katanya, anak kelima daripada enam beradik itu seorang yang peramah.

“Kejadian berlaku ketika anak saya menghantar ibu saudaranya yang mengandung ke kereta. Saya reda dengan apa yang berlaku,” katanya yang masih sugul dengan kejadian menimpa anaknya itu.

Sementara itu, juruhebah perkahwinan, Azizul Azwan Amran, 31 berkata, arwah orang yang pertama sampai di khemah perkahwinan terletak beberapa meter dari rumah keluarganya, semalam.

Arwah katanya sempat bersembang dengannya dan menyatakan baju yang dipakainya adalah pilihannya.

“Masih terngiang-ngiang kata-kata arwah yang menyatakan baju pemberian bapanya yang dipakai saya pagi semalam adalah pilihannya.

“Ayat terakhir dia saya tidak akan lupa abang kena ingat sampai bila-bila baju ini saya yang pilih,” katanya.

Selasa, 20 Ogos 2013

Anggota tentera maut dipanah petir



“ Akibat panahan petir itu, kedua-dua mereka terpelanting ke tanah dan 15 saat kemudian Madin mendapati mangsa masih dalam keadaan terlentang dan tidak bergerak” Mohd Nor Rasid, Ketua Polis Daerah

20 Ogos 2013
 
Kota Tinggi: Seorang anggota tentera maut dipanah petir ketika sedang bertugas di Pos Tentera Sungai Seh, Tanjung Sedili, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 3.25 petang itu, Lans Koperal Ku Amirul Ku Rahim, 30, sedang bertugas bersama pegawainya, Kapten Madin Marcus, 40, apabila secara tiba-tiba dipanah petir sehingga menyebabkan kedua-dua terpelanting ke tanah.

Kejadian itu menyebabkan Madin pitam beberapa ketika sebelum mendapati Ku Amirul tidak sedarkan diri sebelum membawanya mendapat rawatan awal di Klinik Kesihatan Tanjung Sedili.
  
Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Nor Rasid, berkata kejadian berlaku ketika hanya mangsa dan pegawainya berada di tepi pantai berhadapan pos tentera berkenaan bagi menjalankan tugas kawalan keselamatan.

“Akibat panahan petir itu, kedua-dua mereka terpelanting ke tanah dan 15 saat kemudian Madin mendapati mangsa masih dalam keadaan terlentang dan tidak bergerak.

“Madin dan anggota lain kemudian mengejarkan mangsa ke Klinik Kesihatan Tanjung Sedili tetapi mangsa disahkan sudah meninggal dunia," katanya ketika dihubungi, di sini semalam.

Mohd Nor berkata, siasatan awal mendapati kematian mangsa diklafikasikan sebagai kematian mengejut.


Anggota tentera maut disambar petir
20 Ogos 2013

JOHOR BAHRU - Seorang anggota tentera maut manakala seorang pegawainya terselamat akibat disambar petir ketika berkawal di Pos Tentera Tuan Seh, Tanjung Sedeli di Kota Tinggi semalam.

Dalam kejadian pukul 3.25 petang itu, Lans Koperal Ku Amirul Ku Rahim, 30, dari Markas Tentera Darat cawangan Sumber Manusia Kementerian Pertahanan, meninggal dunia di tempat kejadian manakala pegawainya, Kapten Madin Marcus, 40, hanya pengsan.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Mohd. Nor Rasid berkata, ketika kejadian kedua-dua mangsa sedang menjalankan rutin mereka berkawal di tepi pantai berhampiran Pos Tentera Tuan Seh sebelum berlaku dentuman petir yang kuat.

"Ketika kejadian tiada hujan namun akibat dentuman itu kedua-dua mereka rebah ke tanah namun Madin tersedar 15 saat kemudian dan mendapati Ku Amirul masih terlentang tidak sedarkan diri.

"Pada pukul 3.40 petang, Madin bersama beberapa anggota lain membawa mangsa ke Klinik Kesihatan Tanjung Sedeli untuk rawatan namun dia disahkan telah meninggal dunia," katanya kepada pemberita hari ini.

Sabtu, 27 Julai 2013

Tak muncul buka puasa
27 Julai 2013

Kota Tinggi: Seorang anggota tentera, Mohd Razid Sadiran, 25, meninggal dunia akibat dipanah petir ketika menyiapkan tugasan persiapan menjelang latihan ketenteraan di sebuah hutan air terjun berhampiran Kampung Temenin Baru di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 6.45 petang itu, rakan mangsa, Azwan Abdullah, 25, turut cedera dan kejadian menimpa kedua-dua mangsa hanya disedari rakan yang lain apabila kedua-duanya tidak muncul menjelang waktu berbuka puasa.

Lokasi kejadian juga dikenali sebagai Lembah Pelepah dan terletak tidak jauh dari banjaran Gunung Panti dan Gunung Muntahak.

Mohd Razid, dari 6 Renjer, berpangkalan di Kuala Lumpur, meninggal dunia di tempat kejadian, manakala Azwan, dari 14 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) yang berpangkalan di Gemas, Negeri Sembilan, kini dirawat di Hospital Kota Tinggi (HKT).

Difahamkan, kedua-dua mangsa bersama 11 anggota yang lain menjadi pasukan pendahulu bagi membuat persiapan pentadbiran sebelum anggota lain tiba untuk menjalani latihan hutan selama seminggu di situ.

Ahad, 7 Julai 2013

Rumah bergegar dipanah petir




6 Julai 2013

HULU BESUT - Sekurang-kurangnya sembilan rumah di Kampung Dusun Beliku, Jalan Air Panas La, dekat Kampung La di sini, mengalami kerosakan akibat disambar petir dalam kejadian, petang kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 5 petang ketika hujan lebat itu menyebabkan rumah, pendawaian dan peralatan elektrik rosak, namun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

Salah seorang mangsa, Ghani Samad, 65, berkata, kesemua rumah terbabit disambar serentak selepas berlaku petir kuat.

Menurutnya, ketika kejadian, dia bersama isteri Zaharah Mohd Saman, 65, sedang duduk di bahagian tengah rumah dikejutkan dengan kedengaran petir diikuti letupan kuat di bahagian depan rumahnya.

“Bunyi petir serta dentuman sangat kuat sehingga menggegarkan rumah menyebabkan isteri saya terkejut dan terkedu. Petir turut menyambar wayar pendawaian di dalam rumah dan kotak fius elektrik manakala penjuru dinding bata rumah berlubang.

“Bahagian bumbung sebuah pondok yang terletak berhampiran rumah turut roboh terkena panahan petir itu,” katanya yang bersyukur kerana terselamat.

Lihat bebola api sebesar bola sepak

Sementara itu, seorang lagi mangsa, Zakaria Mohamad, 40, berkata, dia melihat petir seperti bebola api jatuh berhampiran rumah Ghani yang terletak kira-kira 350 meter dari rumahnya.

Menurutnya, ketika itu dia berada di muka pintu rumahnya dan terkejut apabila mendengar petir sangat kuat diikuti bebola api sebesar bola sepak di kawasan rumah jirannya itu.

“Ia sangat cerah dan cepat. Kejadian itu menyebabkan perkakas elektrik di rumahnya seperti televisyen dan siaran Astro turut mengalami kerosakan,” kata penoreh getah ini.

Sementara itu, menurut Hanapi Jusoh, 38, ketika kejadian, dia berada di kedai runcitnya terkejut apabila terdengar bunyi dentuman petir luar biasa, lalu bergegas pulang ke rumah yang terletak 400 meter dari kedai runcitnya.

Menurut Hanapi, dia bergegas pulang kerana bimbangkan keadaan isteri serta anak-anaknya di rumah ketika itu dan mendapati peralatan elektrik seperti televisyen dan lampu turut rosak.

"Turut menerima nasib sama ialah rumah ibu bapa, kakak, adik dan tiga lagi rumah penduduk kampung yang terletak dalam kawasan satu kilometer persegi itu.

“Sejak saya dilahirkan dan dibesarkan di sini, inilah kali pertama kejadian petir luar biasa berlaku menyebabkan banyak rumah rosak,” katanya.

Hanapi berkata lagi, akibat kejadian itu kesemua mangsa fobia setiap kali berlaku hujan lebat berserta dengan petir.

Selain kerosakan rumah dan peralatan elektrik, beberapa pokok buah-buahan seperti durian dan petai turut terkena petir.


Ahad, 23 Jun 2013

Banglo rosak dipanah petir


22 Jun 2013

TUMPAT – Sepasang suami isteri menghadapi situasi paling menakutkan sepanjang 17 tahun menetap di banglo dua tingkat milik mereka apabila sebahagian kediaman itu musnah terbakar akibat dipanah petir hingga menyebabkan mereka terpaksa menanggung kerugian RM250,000 kelmarin.

Kejadian di Kampung Semat Jal di sini pada pukul 6.45 petang itu berlaku ketika pekerja swasta, Teo Boon Kian, 51, berada di halaman untuk keluar bermain badminton manakala isterinya, Wong Kim Wah, 48, pula di dalam rumah.

Ketika hendak memasukkan peralatan sukan ke dalam kereta, Boon Kian mendakwa, dia melihat petir menyambar sebatang pokok yang terletak kira-kira 200 meter daripada banglonya. Sebahagian pokok itu mengalami kerosakan kecil.

Katanya, dalam keadaan cemas, dia kemudian bergegas masuk ke dalam rumah sebelum terdengar bunyi percikan seperti api di tingkat atas.

“Saya terkejut apabila melihat tingkat atas sudah terbakar ketika hendak naik. Tanpa berlengah, saya mengarahkan isteri segera keluar dan akibat panik, telefon bimbit pun saya tidak ingat letak di mana.

“Mujur isteri saya ada membawa telefon bimbitnya keluar dan terus membuat panggilan kecemasan. Saya tidak sangka kami melalui detik paling menakutkan sepanjang 17 tahun menetap di sini,” ceritanya ketika ditemui semalam.

Jumaat, 26 April 2013

Remaja Cedera Dipanah Petir Bersama Lima Rakan



Khamis April 25, 2013

BALING: Seorang remaja cedera apabila dia dan lima rakannya disambar petir dalam kejadian di sebuah gua di kaki Gunung Pulai berdekatan Kampung Tok Bandar di sini petang Khamis.

Dalam kejadian pukul 4.30 petang di gua yang dikenali sebagai Gua Ular, Mohd Ashraf Yusof, 17, mengalami kecederaan di kepala sementara lima rakannya yang turut berada di situ kebas seluruh badan.

Ketika kejadian, enam remaja berkenaan berteduh di kawasan itu kerana hujan lebat dan petir. Lima daripada mereka termasuk Mohd Ashraf adalah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Abu Bakar di sini.

Lima lagi mangsa adalah Mohd Bukhari Ramli, 17, (bukan pelajar) Mohd Azri Ahmad, 17, Mohd Amin Azman, 15, dan Mohd Azam Md Nor, 16 serta adiknya Mohd Nizam, 13.

Mohd Bukhari berkata mereka duduk di atas tanah ketika disambar petir dan masing-masing kebas seluruh badan. "Salah seorang rakan kami melaungkan azan selepas petir kuat berlaku dan kami segera membantu Mohd Ashraf yang rebah dengan seluruh badannya mengeletar," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini Khamis.

Mohd Ashraf pengsan selepas kejadian itu. "Saya dan rakan lain berusaha membantu Mohd Ashraf dengan menarik badannya beberapa kali sebelum dia sedar," kata Mohd Azri.

Mereka memapah Mohd Ashraf pulang ke rumahnya yang sejauh 500 meter sebelum penduduk kampung menghantar mereka untuk mendapatkan rawatan di Hospital Daerah Baling. –BERNAMA

Jumaat, 12 April 2013

Nelayan maut dipanah petir




12 April 2013

SETIU - Seorang nelayan maut dipanah petir ketika memukat ikan bersendirian di tengah laut berhampiran Pulau Lang Tengah, Penarik di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 11.30 pagi itu,  Abd Wahab Sulong, 59, dari Kampung Baru, Penarik meninggal dunia di tempat kejadian dengan kesan terbakar di badan, lengan dan badan akibat dipanah petir.

Kejadian itu disedari kira-kira 20 nelayan lain yang turut memukat ikan di sekitar kawasan berkenaan ketika kejadian malang itu berlaku.

Ketua Polis Daerah,  Deputi Superintendan Ab Rahman Raja Mohamed berkata, kejadian dipercayai ketika hujan lebat yang disusuli dengan dentuman petir.

Menurutnya, sebelum kejadian, rakan mangsa, Saiful Bahari Abd Aziz, 33, yang berada kira-kira 500 meter dari mangsa terlihat kelibat Abd Wahab sedang berdiri menarik pukat.

“Ketika itu hujan lebat berserta bunyi petir kuat dan sebaik keadaan reda, kelibat mangsa tidak kelihatan lagi menyebabkan Saiful Bahari pergi menghampiri perahu mangsa untuk memeriksa apa yang berlaku,” katanya.

Ab Rahman berkata, sebaik menghampiri perahu itu, mangsa sudah terbaring dalam keadaan tidak bernyawa dengan kesan terbakar, manakala serpihan kayu memenuhi badan mangsa.

Katanya, mangsa dipercayai dipanah petir yang menyambar bingkai sauknya yang diperbuat dari besi.

Mangsa kemudiannya dibawa ke darat sebelum diserahkan kepada polis kemudian dihantar ke Hospital Setiu untuk bedah siasat.

Ahad, 24 Mac 2013

'Bagai mati hidup semula'


24 Mac 2013

KEPALA BATAS - Selepas melihat keadaannya terlantar koma menerima rawatan akibat dipanah petir di tiga hospital berlainan, tiada siapa menyangka Aimi Nassyatul Husna Zulkeffli, 20, akan sembuh dan dapat meneruskan kehidupannya semula.

Malah bapanya, Zulkeffli Bakar, 53; ibu, Norlela Ahmad, 48, serta lima beradiknya yang lain tidak menaruh harapan besar sebaliknya hanya berserah dan sedia menerima hakikat bakal kehilangan seorang ahli keluarga mereka selepas insiden itu.

Namun kuasa ALLAH SWT tiada siapa dapat menyangka apabila dia kini beransur sembuh selepas dipanah petir dalam kejadian pertengahan Februari lalu.

“Ini bukan sahaja tanda kebesaran ALLAH tapi sebagai bukti keajaiban kekuasaan-Nya. Bagaikan mati hidup semula.

“Kondisi sama dialami saya seperti mangsa panahan petir lain tetapi bezanya saya diberikan kesempatan untuk hidup berbanding mereka,” katanya.

Aimi Nassyatul Husna yang mesra dipanggil Kak Cik ditemui di rumahnya di Kampung Permatang Pak Elong di sini dilihat masih terkejut dengan kejadian yang berlaku.

Dia dibenarkan keluar dari Hospital Besar Pulau Pinang (HBPP) 15 Mac lalu selepas sebulan mendapat rawatan kerana terbakar di sebahagian besar badan selepas insiden itu.

Sebelum itu, dia menerima rawatan di Hospital Kepala Batas (HKB) dan Hospital Seberang Jaya (HSJ).

Lebih mengujakan, dia sedar dari koma sama pada masa, hari serta tarikh kejadian dan hanya berbeza bulan membuatkan anak keempat dari enam beradik itu menganggap ini satu keajaiban buat dirinya.

Bagaimanapun dia tidak dapat menceritakan kejadian itu semula kerana gagal mengingatinya dan hanya memaklumkan yang dia terjatuh motosikal sebelum ‘tidur panjang’ selepas itu.

Kejadian itu berlaku pada jam 5.30 petang, 15 Februari lalu ketika Aimi Nassyatul Husna dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas menghadiri satu temu duga kerja di sebuah kedai di Kepala Batas sebelumnya.

Ketika kejadian, dia menunggang motosikal berseorangan dan melalui jalan ban bertar kawasan sawah padi yang jarak lebih kurang 200 meter dari rumahnya.

Gadis periang itu ditemui oleh penduduk kampung dalam keadaan tidak sedarkan diri dan dihantar mendapatkan rawatan ke HKB oleh keluarganya sebelum dirujuk ke HSJ dan HBPP kemudiannya.

Sementara itu, kakaknya, Aimi Syafinaz, 24, berkata, sejak kejadian itu, adiknya dikesan mengalami masalah saraf apabila gagal mengingati kejadian itu.

“Saya merupakan orang pertama sampai ke lokasi kejadian di jalan ban selepas mengetahui Kak Cik dipanah petir melalui makluman jiran sekampung.

“Ketika kali pertama melihatnya, saya menangis kerana keadaannya terlalu teruk apabila sebahagian besar anggota badan sebelah kirinya terbakar,” katanya.

Menurutnya, dia juga yang mengutip pakaian dan tudung adiknya yang terbakar, mengutip beg sandangnya yang putus dan membawa pulang topi keledar yang rosak teruk akibat dipanah petir selepas kejadian itu.

“Walau dalam hati mengharapkan Kak Cik sedar namun melihat keadaannya yang cedera teruk termasuk mengalami putus sebahagian telinga kiri, pipinya berlubang dan luka lain di badannya, saya hanya berserah pada tuhan akan nasibnya.

“Namun kebesaran tuhan tiada siapa tahu kerana kini Kak Cik hampir sembuh dan dapat kembali hidup bersama kami,” katanya.

Ibunya, Norlela berkata, sebelum kejadian menimpa anaknya itu, dia berasa tidak sedap hati setiap kali hari hujan, guruh berdentum dan petir sabung menyabung kerana merasakan seorang ahli keluarganya akan menjadi mangsa panahan petir.

“Saya tidak memaklumkan kepada sesiapa kerana menganggap itu semua mainan perasaan semata-mata tetapi terkejut apabila akhirnya anak sendiri yang menjadi mangsa.

“Lebih sedih selepas melihat keadaannya yang terbakar teruk membuatkan saya mempercayai semua mangsa dipanah petir akan meninggal dunia menjadikan saya sedih sekali takut kehilangannya,” katanya.

Bagi Zulkeffli, dia bersyukur kerana pada hari kejadian, tiga mangsa panahan petir lain turut dibawa mendapat rawatan di HSJ tetapi kesemuanya meninggal dunia melainkan anaknya seorang yang terselamat.

Ahad, 17 Februari 2013

Pelajar tahfiz maut kena panahan petir


2013/02/17 - 07:20:44 AM

Teluk Intan: Seorang pelajar Maahad Tahfiz Al-Furqan, Taman Desa Bakti, di sini, maut manakala dua lagi rakannya cedera akibat dipanah petir ketika bermain bola sepak di padang permainan berdekatan sekolah mereka, petang semalam.

Ketika kejadian jam 5.20 petang, kesemua mangsa sedang bermain bola sepak bersama lapan lagi rakan di padang berkenaan.

Mohd Amir Alias, 15, berasal dari Taman Bunga Raya, Tapah, dikatakan meninggal dunia sejurus selepas dibawa ke surau berdekatan oleh rakannya.

Dua lagi yang cedera ialah Mohd Syafiq Amirul Shamsudin, 14, dan Mohd Amin Asrin, 16.

Rakan mangsa, Safatri Nazir, 15, berkata dia melihat mulut Amir berdarah manakala matanya terbuka ketika membantu mengangkat rakannya itu ke surau berdekatan.

Saya sendiri sempat mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah tetapi dia tidak sedarkan diri. Beberapa jemaah surau turut memeriksa nadi Amir dan mendapati arwah sudah tidak bernyawa lagi, katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Seorang lagi rakan mangsa, Mohd Izzul Mohd Mastan, 16, berkata mereka bermain bola sepak selepas solat Asar dan ketika itu hujan agak lebat.
Lari ke surau

Sebaik petir menyambar, tiga rakan saya termasuk Amir pengsan, manakala yang lain melarikan diri ke surau berhampiran.

Selepas itu, pelajar serta penduduk sekitar datang membantu dan semua rakan saya itu dikejarkan ke Hospital Teluk Intan (HTI) untuk mendapatkan rawatan lanjut, katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Superintendan Muhammad Zaki Harun mengesahkan mengenai kejadian itu.

Katanya, mangsa yang meninggal dunia mengalami cedera di muka serta tangan dan jenazahnya dihantar ke HTI untuk bedah siasat.


Pelajar maut, dua lagi cedera dipanah petir
17/02/2013 2:29am

TELUK INTAN - Seorang pelajar maut manakala dua yang lain cedera akibat dipanah petir ketika sedang bermain bola sepak di padang bola di Taman Desa Bakti, Jalan Kampung Banjar di sini petang semalam.
Mohd. Amir Alias, 15, dari Tapah, meninggal dunia selepas dibawa ke surau berdekatan manakala Mohd. Amin Asrin, 16, dan Mohd. Shafiq Amirul Shamsuddin, 14, yang cedera, menerima rawatan di Hospital Teluk Intan.

Kejadian berlaku pada kira-kira 5.20 petang ketika tiga pelajar itu bersama lapan lagi rakan bermain bola sepak tidak jauh dari sekolah mereka iaitu Sekolah Maahad Tahfiz Al-Furqan.

Pelajar yang maut dikatakan terkena panahan petir serentak dengan dua rakannya.

Pengerusi Rukun Tetangga Taman Desa Bakti Mohamad Darus, 54, berkata, selepas kejadian itu, mangsa dibawa ke surau berdekatan sebelum didapati meninggal dunia.

"Apabila diperiksa, nadinya tidak berdenyut lagi. Kejadian ini amat memeranjatkan dan tidak diduga sama sekali,” katanya.

Seorang pelajar, Safatri Nazir, 15, yang turut bermain bola, berkata dia mengangkat Mohd. Amir dan mendapati mulut mangsa berdarah serta matanya terbuka ketika dibawa ke surau.

"Saya dapati dia tidak bergerak dan saya sempat mengajarnya mengucap,” katanya. - BERNAMA

Isnin, 4 Februari 2013

Student killed by lightning while playing football in school



Monday February 4, 2013

A SCHOOLBOY was killed while another suffered serious burns when they were struck by lightning while playing football in their school field.

Three others were treated for minor burns at the Taiping Hospital following the 4.30pm incident on Thursday, Tamil Nesan reported.

R. Dinesh Kumar, a Form Five student who is also his school's football team captain, had critical burns on his head and chest and died a day after admission to the hospital.

His friend, Haresh Kumar, also 17, was discharged on Friday.

Dinesh Kumar's mother M.A. Muruheswary kept vigil by his bedside and collapsed when he succumbed to his injuries. She has been warded at the hospital's intensive care unit for excessive shock.

Dinesh Kumar, who scored 7As in the PMR examinations in 2011, leaves behind two siblings, a sister and an elder brother.


Sabtu, 2 Februari 2013

5 pelajar terpelanting dipanah petir


2013/02/02

Taiping: Lima pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan King Edward VII, di sini cedera, termasuk seorang melecur selepas disambar petir ketika berehat di tepi padang bola sekolah berkenaan, kelmarin.

Dalam kejadian jam 5.20 petang itu, semua pelajar berkenaan terpelanting sejauh dua meter dan menyebabkan dua daripada mereka iaitu pelajar Tingkatan Tiga, S Haresh, 15, dan pelajar Tingkatan Lima, R Dhenesh Kumar, 17, pengsan.

Petir menyambar kepala dan badan kiri Dhenesh Kumar mengakibatkan 30 peratus tubuhnya melecur. Dia belum sedarkan diri sehingga kini dan dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Taiping (HT).

Haresh yang terkena renjatan bagaimanapun sudah sedar dan dibenarkan pulang, manakala tiga lagi rakan mereka hanya mendapatkan rawatan pesakit luar di hospital sama.

Menceritakan detik cemas itu, Haresh berkata, dia sedang berbual bersama empat rakannya di tepi padang bola sepak utama sekolah.

Tragedi ketika rehat

Keadaan cuaca sangat baik dan tidak menunjukkan tanda untuk hujan. Namun, tiba-tiba saja kilat menyambar menyebabkan kami terpelanting dari tempat berehat dan saya pengsan, katanya ketika ditemui di HT, semalam.

Sementara itu, bapa Dhenesh Kumar, P Ravindran, 50, berkata beliau bimbang kerana doktor memaklumkan keadaan anaknya parah dan peluang untuknya kembali pulih amat tipis.

Hancur hati saya apabila mendengar berita itu. Dia anak yang baik dan pelajar cemerlang di sekolah.
Dia satu-satunya harapan saya dan harap dia tidak patah semangat untuk teruskan kehidupan kerana kami sangat sayangkannya.

Saya tidak sanggup melihat dia terseksa melawan sakit dan berharap ada pakar mampu menyelamatkan nyawanya, katanya sambil menitiskan air mata.

Bapa Haresh, R Sokalingam, 47, pula berkata, dia bergegas pulang dari Kedah selepas dimaklumkan kejadian itu oleh pihak sekolah.

Saya lega mendapati dia masih hidup dan masih mampu tersenyum ketika pertama kali terpandang saya, katanya.


02 February 2013
Lightning strikes 5 pupils

SENT FLYING: One of the victims admitted to intensive care unit of Taiping Hospital
TAIPING: FIVE students of SMK King Edward VII here were injured when they were struck by lightening while resting at the school's football field on Thursday.

In the 5.20pm incident, all of them were thrown for about 2m, causing two to faint.

The two were S. Haresh, 15, who is in Form Three and R. Dhenesh Kumar, 17, a Form Five student.

The lightening struck Dhenesh's head and the left side of his body, which resulted in 30 per cent burns.

He has yet to regain consciousness and is at the intensive care unit of Taiping Hospital.

Haresh has since regained consciousness and has been allowed to return home. The other three received outpatient treatment.

Recalling the ordeal, Haresh said he was chatting with his friends when the incident occurred.

"At that time, the weather was good. There were no signs of rain. Suddenly, there was thunder and a lightning, which struck in our direction. We were sent flying and I fainted," he said when met at the hospital yesterday.

Dhenesh's father, P. Ravindran, 50, said he was worried after doctors informed him that his son was seriously injured and had little chance of full recovery.

"My world fell apart after hearing the devastating news. He is a good boy and is good in his studies.

"We love him dearly and can't bear to see him suffering. I hope there is a specialist out there who can save him," he said in between sobs.