FIRMAN ALLAH

Dialah yang memperlihatkan kepada kamu kilat, untuk menimbulkan ketakutan dan keinginan dan Dialah yang menyusun awan yang berat.

Dan bertasbihlah petir dengan memujiNya, dan malaikat pun lantaran takut kepadaNya, dan Dia kirimkan halilintar (kilat) dan Dialah timpakan kepada barangsiapa yang Dia kehendaki, namun mereka masih membantah tentang Allah, padahal Dia adalah sangat pedih siksaan.
(Surah Ar Ra’ad :12-13)

Selasa, 20 Ogos 2013

Anggota tentera maut dipanah petir



“ Akibat panahan petir itu, kedua-dua mereka terpelanting ke tanah dan 15 saat kemudian Madin mendapati mangsa masih dalam keadaan terlentang dan tidak bergerak” Mohd Nor Rasid, Ketua Polis Daerah

20 Ogos 2013
 
Kota Tinggi: Seorang anggota tentera maut dipanah petir ketika sedang bertugas di Pos Tentera Sungai Seh, Tanjung Sedili, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 3.25 petang itu, Lans Koperal Ku Amirul Ku Rahim, 30, sedang bertugas bersama pegawainya, Kapten Madin Marcus, 40, apabila secara tiba-tiba dipanah petir sehingga menyebabkan kedua-dua terpelanting ke tanah.

Kejadian itu menyebabkan Madin pitam beberapa ketika sebelum mendapati Ku Amirul tidak sedarkan diri sebelum membawanya mendapat rawatan awal di Klinik Kesihatan Tanjung Sedili.
  
Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Nor Rasid, berkata kejadian berlaku ketika hanya mangsa dan pegawainya berada di tepi pantai berhadapan pos tentera berkenaan bagi menjalankan tugas kawalan keselamatan.

“Akibat panahan petir itu, kedua-dua mereka terpelanting ke tanah dan 15 saat kemudian Madin mendapati mangsa masih dalam keadaan terlentang dan tidak bergerak.

“Madin dan anggota lain kemudian mengejarkan mangsa ke Klinik Kesihatan Tanjung Sedili tetapi mangsa disahkan sudah meninggal dunia," katanya ketika dihubungi, di sini semalam.

Mohd Nor berkata, siasatan awal mendapati kematian mangsa diklafikasikan sebagai kematian mengejut.


Anggota tentera maut disambar petir
20 Ogos 2013

JOHOR BAHRU - Seorang anggota tentera maut manakala seorang pegawainya terselamat akibat disambar petir ketika berkawal di Pos Tentera Tuan Seh, Tanjung Sedeli di Kota Tinggi semalam.

Dalam kejadian pukul 3.25 petang itu, Lans Koperal Ku Amirul Ku Rahim, 30, dari Markas Tentera Darat cawangan Sumber Manusia Kementerian Pertahanan, meninggal dunia di tempat kejadian manakala pegawainya, Kapten Madin Marcus, 40, hanya pengsan.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Mohd. Nor Rasid berkata, ketika kejadian kedua-dua mangsa sedang menjalankan rutin mereka berkawal di tepi pantai berhampiran Pos Tentera Tuan Seh sebelum berlaku dentuman petir yang kuat.

"Ketika kejadian tiada hujan namun akibat dentuman itu kedua-dua mereka rebah ke tanah namun Madin tersedar 15 saat kemudian dan mendapati Ku Amirul masih terlentang tidak sedarkan diri.

"Pada pukul 3.40 petang, Madin bersama beberapa anggota lain membawa mangsa ke Klinik Kesihatan Tanjung Sedeli untuk rawatan namun dia disahkan telah meninggal dunia," katanya kepada pemberita hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan