24 April 2014
Alor Gajah: Seorang penternak mengalami kerugian hampir
RM25,000 selepas 11 lembu peliharannya mati akibat dipanah petir di Kampung
Telok Berembang, Lubok Cina, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang, haiwan berkenaan
dikatakan sedang berteduh di bawah pokok berhampiran kandang ketika hujan lebat
yang disusuli petir.
Ketika berteduh, berlaku tiga dentuman petir yang dipercayai
menyambar kawanan ternakan itu.
Kejadian disedari pemilik lembu Mat Pisar Mansor, 46, yang
berada tidak jauh dari tempat kejadian.
Pengarah Veterinar negeri Dr Azlan Enjah mengesahkan
kejadian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan