Teh terakhir pengembala lembu
4 Mei 2014
Teluk Intan: Seorang pengembala lembu
bersama seekor ternakannya, maut selepas dipanah petir ketika hujan
lebat dalam kejadian di Tali Air 6, Chenderong Balai, Labu Kubong,
dekat sini, petang tadi.
Dalam kejadian 4.30 petang itu, mangsa
Muhamad Ramli Rais, 59, dikatakan sedang membawa 20 lembu miliknya ke
kandang, sebelum dipanah petir bersama seekor daripada terkanannya
itu.
Seorang rakan mangsa, Amir Din, 46,
ketika ditemui berkata, ketika kejadian hujan lebat dan arwah
bersamanya sempat minum petang di sebuah warung.
"Saya bersama arwah sedang minum
teh di sebuah warung berhampiran, sebelum arwah tiba-tiba beredar
kerana mahu membawa pulang kesemua 20 lembunya ke kandang.
"Namun, tidak sampai beberapa
minit selepas itu, seorang rakan lain datang memberitahu arwah
dipanah petir dan saya segera ke tempat kejadian serta melihat tubuh
arwah terbujur di atas tanah berhampiran parit, manakala lembunya
yang turut mati berada kira-kira 10 meter dari arwah," katanya
ketika di temui di tempat kejadian.
Sementara itu, anak mangsa, Muhamad
Sazuan Ramli, 19, berkata sebelum ini ayahnya tidak menunjukkan
sebarang perubahan atau pun tingkah laku yang pelik.
Katanya, sebelum keluar rumah arwah
tidak berkata apa-apa dan kami sekeluarga tahu arwah ke padang ragut
berhampiran untuk membawa pulang kesemua 20 lembu peliharaannya.
"Kami sekeluarga sangat terkejut
dengan kejadian yang berlaku dan bersedih atas permegiannya, namun
walaupun kejadian ini begitu tragis dan menyayat hati kami sekeluarga
reda serta menerima ketentuan tuhan," katanya sebak.
Ketua Polis daerah Hilir Perak, Asisten
Komisioner Goh Kok Liang ketika di hubungi mengesahkan kejadian itu
dan menurutnya mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik, Hospital Teluk
Intan untuk dibedah siasat sebelum di tuntut ahli keluarganya.
"Polis mengesahkan mangsa mati
akibat dipanah petir dan mengklasifasikan kes ini sebagai mati
mengejut," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan