KEMAMAN 12 Mei 2014 - Seorang pemandu
jentolak warga emas maut disambar petir di sungai berhampiran rumah
kongsi syarikat pembalakan di hutan Cenderong Air Putih dekat sini
semalam.
Kejadian berlaku pada pukul 6.15 petang
ketika mangsa, Ng Choon Wah, 70, bersama tiga rakannya sedang mandi
selepas kembali dari kerja.
Seorang saksi, Mustafa Mahmud, 53,
memberitahu, beliau berada dalam lingkungan 30 meter dari tempat
kejadian dan mendengar dentuman kuat, diikuti percikan api menyambar
mangsa.
Saya bergegas mendekati mangsa dan
mendapati dia sudah meninggal dunia dengan kesan lebam di badan dan
muka akibat kejadian itu," kata Penyelia Hutan itu ketika
ditemui di rumah mayat Hospital Kemaman hari ini.
Mangsa yang yang berasal dari Bentong
Pahang itu dibawa keluar menggunakan kenderaan pacuan empat roda
sejauh 40 kilometer dari Pekan Air Putih sebelum dibawa ke Hospital
Kemaman pada pukul 12.30 pagi ini
Mustafa berkata, disebabkan hujan dan
jalan becak, perjalanan membawa mayat mangsa mengambil masa dua jam
untuk sampai pekan Kampung Air Putih.
Ketua Polis daerah, Supritendan Che
Suza Che Hitam ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kematian
mangsa dan mengklasifikasikan kejadian sebagai mati mengejut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan