Di negara kita pada Januari lalu, dalam
satu kejadian di Alor Gajah Melaka pula, sebanyak 22 ekor lembu
ditemui mati bergelimpangan dalam kandang akibat disambar petir
membabitkan kerugian RM45,000.
Seorang pengkaji petir tempatan,
Hartono Zainal Abidin berkata, petir atau kilat adalah fenomena
nyahcas elektrik (electrical discharge) berarus tinggi yang berlaku
antara awan dengan awan atau di antara awan dengan bumi.
Katanya, laluan kilat berukuran antara
beberapa kilometer (kilat awan ke bumi) hingga beratus kilometer
(kilat awan ke awan).
Kilat terdiri daripada cas positif
atau cas negatif. yang mana setiap kilat, awan ke bumi terdiri
daripada satu hingga dua dozen lejang (strokes).
Kilat boleh menyambar sejauh 20
kilometer (km) dari awan yang mengakibatkan fenomena bernama kilat
langit biru atau bolt-from-the-blue" ujarnya.
Beliau berkata, sekiranya seseorang
yang berdiri di tengah padang, individu terbabit adalah sasaran yang
berisiko tinggi untuk disambar kilat. Sekiranya ada kilat di kawasan
berdekatan, individu terbabit mungkin akan memintas lejang kilat dan
menjadi mangsa penahan kilat.
Dalam keadaan seperti ini, seseorang
mesti mencari tempat perlindungan yang besar dan kukuh apabila
mendengar guruh atau melihat awan hitam yang berdekatan,"
ujarnya.
Bagaimanapun insiden manusia disambar
kilat atau petir sering menjadi isu tetapi menurut Hartono, semenjak
memulakan kajian pada tahun 1985, beliau telah mengumpul beberapa
insiden yang membahayakan penghuni dalam bangunan.
Oleh itu, beliau banyak memerhati
insiden berkaitan kilat dan menjalankan penyelidikan berkaitan
serangga kilat ke atas bangunan yang boleh disifatkan sebagai perlu
diberi perhatian. Malah, katanya, insiden yang melibatkan bangunan
besar pun pernah dilaporkan.
Malah pada tahun 1990, sebuah dewan
latihan tentera di negara ini telah disambar kilat yang mengakibatkan
kematian seorang askar dan mencederakan berpuluh yang lain,"
ujarnya.
Sehubungan itu kata beliau, sesiapa
yang mengatakan bahawa 'tidak ada insiden kilat menyambar bangunan
hingga membahayakan penghuni' telah membuat satu kesilapan yang
besar.
Ini kerana kata Hartono, individu
terbabit mungkin baru saja membuat kajian dalam bidang tersebut dan
dia mungkin belum terserempak dengan insiden yang mencederakan atau
mengorbankan penghuni bangunan.
Menurut Hartono, sebagai perbandingan
kekuatan kilat adalah di antara 2,000A (ampere) hingga 250,000A
berbanding cerek elektrik yang diguna di rumah biasanya menggunakan
sebanyak 10A sahaja.
Berdasarkan kajiannya, ancaman kilat
terhadap bangunan adalah amat serius. memandangkan negara ini
terletak dalam kawasan kepadatan kilat yang amat tinggi (very high
lightning flash density zone).
Menurut beliau, tahap kerosakan yang
dialami oleh bangunan bergantung pada kekuatan kilat yang dipintas
dan bahan binaan pada bahagian yang rosak.
Sebagai contoh, bahagian bangunan yang
mengguna batu bata sahaja boleh mengalami kerosakan lebih teruk
berbanding bahagian yang mengguna konkrit dan tetulang besi.
Menurut Hartono lagi, jumlah bangunan
rosak akibat disambar kilat di Kuala Lumpur adalah yang tertinggi di
dunia.
Ini berlaku kerana penggunaan meluas
rod kilat yang digunakan sebelum ini, iaitu pelepasan penjurus awal
(ESE) tidak langsung melindungi bucu bangunan daripada disambar
kilat.
Hartono berkata, sejak tahun 1995,
kajian bergambar yang beliau hasilkan mengenai kerosakan bangunan
akibat disambar kilat di negara ini telah dijadikan asas untuk
beberapa organisasi menyemak semula piawaian sistem perlindungan
kilat.
Sistem piawaian tersebut
termasuk,Standards Australia, Persatuan Perlindungan Kilat Kebangsaan
(NFPA), IEC, National Standards of Colombia serta Agensi Tenaga Atom
Antarabangsa (IAEA).
Menghuraikan lebih lanjut, Hartono
berkata, sistem perlindungan kilat berdasarkan konsep, iaitu apabila
setiap kali lejang kilat (lightning stroke) memasuki kawasan yang
perlu dilindungi, ia akan dipintas oleh sistem itu dan
melencongkannya ke bumi melalui laluan yang selamat.
Beliau berkata, sistem perlindungan
kilat terdiri daripada beberapa rod kilat yang diletak di lokasi yang
berisiko tinggi untuk memintas lejang kilat.
Berdasarkan kajian beliau yang bermula
pada 1990-an, kira-kira 90 peratus bangunan di negara ini dipasang
dengan sistem perlindungan kilat yang tidak tidak menepati piawaian.
Sistem perlindungan kilat yang tidak
betul terdiri daripada sistem yang ralat reka bentuknya atau mengguna
rod kilat yang tidak terbukti dari segi saintifik.
Rod kilat yang tidak saintifik termasuk
jenis:
Pelepasan penjurus awal-Early Streamer
Emission (ESE).
Sistem pemindahan cas-Charge Transfer
System (CTS) atau juga dengan nama Dissipation Array System (DAS).
Penghapus kilat semikonduktor
-Semiconductor Lightning Eliminator (SLE).
Laporan terkini daripada Majlis
Antarabangsa Sistem Eelektrik Besar (CIGRE) telah memberi asas
saintifik yang kukuh mengapa rod kilat jenis ESE dan yang lain tidak
boleh digunakan demi keselamatan umum.
Kajian Hartono telah di sebut sebagai
bukti kukuh yang mendedahkan kegagalan rod kilat ESE.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan