FIRMAN ALLAH

Dialah yang memperlihatkan kepada kamu kilat, untuk menimbulkan ketakutan dan keinginan dan Dialah yang menyusun awan yang berat.

Dan bertasbihlah petir dengan memujiNya, dan malaikat pun lantaran takut kepadaNya, dan Dia kirimkan halilintar (kilat) dan Dialah timpakan kepada barangsiapa yang Dia kehendaki, namun mereka masih membantah tentang Allah, padahal Dia adalah sangat pedih siksaan.
(Surah Ar Ra’ad :12-13)

Isnin, 14 April 2014

Penggunaan ESE gagal

Penggunaan ESE gagal

Berdasarkan kajian, satu daripada cara melindungi bangunan daripada ancaman kilat ialah penggunan rod pelepasan penjurus awal atau early streamer emission (ESE). Bagaimanapun menurut pengkaji kilat tempatan Hartono Zainal Abidin kerajaan telah mengharamkan rod kilat ESE yang menggunakan isotop radioaktif pada 1989.

Pembuat rod kilat ESE telah menghasilkan rod kilat ESE yang menggunakan kaedah elektrostatik untuk mengelirukan pengguna.

Penggunaan rod kilat ESE bukan saja telah menyebabkan kerosakkan pada bangunan tetapi telah menyebabkan sekurang-kurangnya satu kematian di institusi pengajian tinggi.

Pada tahun 2012, seorang penuntut di Melaka telah disambar petir walaupun dia berada di dalam kawasan perlindungan kilat rod ESE.

Walaupun banyak bangunan disambar kilat setiap tahun, hanya segelintir sahaja yang dilaporkan dalam akhbar. Begitu juga dengan insiden orang ramai disambar kilat.

Boleh dikatakan hanya 10 peratus sahaja insiden kilat dilaporkan oleh media.

Menurut Hartono, lebih dari 12 jenama ESE di negara ini dan bilangannya sedang meningkat setiap tahun.

Kebanyakan jenama rod ESE tersebut berasal dari Eropah seperti Perancis, Sepanyol, Asia Selatan (India, Sri Lanka), Asia Timur (Taiwan, Korea) dan Australia.

“Setiap jenama ESE mempunyai satu atau lebih model rod kilat ESE," katanya.

Keadaan tersebut berlaku kerana tiada kawalan daripada segi pengimport, penjualan dan kegunaan rod kilat ESE walaupun kegunaannya tidak diiktiraf oleh Suruhanjaya Elektroteknikal Antarabangsa (IEC) dan Majlis Antarabangsa Sistem Elektik Besar (CIGRE). Kedua-dua organisasi tersebut mempunyai perwakilan di peringkat nasional di negara ini.

Sirim Berhad (Sirim) juga telah mengiktiraf piawaian perlindungan kilat IEC sebagai piawaian negara semenjak 2001.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan