Selasa, 7 Ogos 2012
Disambar petir ketika cas telefon
Jumaat, 27 Julai 2012
Petir punca kapal MISC meletup dan terbakar
Rabu, 27 Jun 2012
Bola api masuk rumah
Isnin, 25 Jun 2012
Tercampak tujuh meter akibat dipanah petir
Isnin, 18 Jun 2012
Dua kali rumah disambar petir
Khamis, 14 Jun 2012
SK Penambang nyaris terbakar disambar petir
Khamis, 17 Mei 2012
Mangsa petir mimpi mati
Rabu, 16 Mei 2012
Petani Maut Dipanah Petir
Selasa, 8 Mei 2012
Orang ramai, penumpang gempar
LAPANGAN Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, Kota Bharu gempar apabila kepulan asap keluar dari bangunan lapangan terbang itu kelmarin.
Isnin, 7 Mei 2012
Isteri penoreh mati kena renjatan petir
Rebah disambar kilat
Gempar asap penuhi Terminal LTSIP
Sabtu, 5 Mei 2012
Seorang remaja maut dipanah petir, dua parah
Jumaat, 20 April 2012
Pengsan disambar petir

20 April 2012
GUA MUSANG – Seorang kanak-kanak lelaki pengsan lebih 12 jam, apabila disambar petir, pada 3.30 petang, kelmarin.
Kejadian yang berlaku, di Kampung Kolam, turut menyebabkan nenek dan dua adiknya, tercampak beberapa meter dari rumah.
Nenek, Lijah Samad, 63, berkata, kejadian ini hampir meragut nyawa mereka, apabila petir menyambar tiang berdekatan rumah.
Menurutnya, Mohd Khairul Mohd Rosdi, 9, berada paling dekat dengan tiang berkenaan, pengsan setelah disambar petir.
Manakala katanya, dua cucunya, Nur Zainawati, 11 dan Suzilawani, 7, tidak mengalami kecederaan serius.
“Selepas kejadian, saya hanya ingatkan keselamatan cucu dan lega apabila mendapati Zainawati dan Suzilawani selamat. Selepas lama mencari, saya dapati Mohd Khairul tidak sedarkan diri, setelah tercampak ke tanah, sehingga kepalanya berada di dalam baldi,” katanya, semalam.
Menurutnya, dia menggerak-gerakkan badan Mohd Khairul, namun cucunya tidak menunjukkan sebarang tindak balas.
Risau dengan keselamatan cucunya, Lijah meminta bantuan jiran, untuk menghantar Khairul ke Klinik Tok Uban sebelum dihantar ke Hospital Pasir Mas untuk rawatan lanjut.
Setelah diperiksa, Mohd Khairul cedera di belakang telinga kirinya dan sedarkan diri pada jam 3 pagi tadi.
Lijah dan dua lagi cucunya, mengalami kecederaan ringan di belakang badan dan dada. Sambaran petir turut merosakkan barangan elektrik di dalam rumah mereka.
http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/pengsan-disambar-petir-1.41444
Budak kena petir pengsan 12 jam
20 Apr 2012

PASIR MAS – Seorang kanak-kanak berumur sembilan tahun pengsan 12 jam selepas terpelanting masuk ke dalam baldi dalam kejadian panah petir di Kampung Kolam, Tok Uban di sini kelmarin.
Dalam kejadian pada pukul 3.30 petang kelmarin, Mohd. Khairul Mohd. Rosdi yang cedera ringan di belakang dan telinga kirinya hanya tersedar daripada pengsan pada pukul 3 pagi semalam ketika dirawat di Hospital Lati Pasir Mas.
Kakak mangsa, Nur Zainawati, 11, adiknya, Suzilawani, 7, dan nenek mangsa Lijah Samad, 63, turut cedera ringan di beberapa bahagian badan selepas tercampak ke atas tanah semasa hujan lebat.
Cerita Lijah, sebelum kejadian dia bersama tiga cucunya itu berehat di serambi pondok sebelum dikejutkan dengan bunyi petir yang menyambar tiang pondok tidak jauh dari tempat mereka duduk.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0420&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm
Isnin, 16 April 2012
2 maut, 3 cedera dipanah petir
2012/04/16

GUA MUSANG: Dua lelaki warga Bangladesh maut, manakala tiga cedera akibat dipanah petir dalam kejadian di kebun getah di Pos Blau, dekat sini, petang semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, mangsa, Amir Amza, 29, dan Mohammad Akterwas, 35, dikatakan tercampak kira-kira dua meter akibat terkena panahan petir itu dan dipercayai mati di tempat kejadian. Tiga rakan mangsa yang cedera di kenali dengan Md Robiul Islam, 32, Bashamin, 29, dan Leion, 28, menerima rawatan di Hospital Gua Musang (HGM) dan keadaan mereka dilaporkan stabil.
Md Robiul, berkata beliau bersama empat rakan termasuk dua yang meninggal dunia itu dalam perjalanan pulang ke rumah kongsi yang terletak dua kilometer dari tempat kejadian.
Katanya, kebiasaannya mandur ladang berkenaan akan datang mengambil mereka kira-kira jam 5 petang, namun disebabkan ketika itu hujan lebat, mereka mengambil keputusan berjalan pulang ke rumah kongsi, selepas baru menanam anak getah.
“Ketika dalam perjalanan itu, keadaan begitu cemas dengan kilat sabung menyabung, namun kami masih meneruskan perjalanan, sebelum tiba-tiba dua rakan yang bersama dalam kumpulan kami itu terpelanting kira-kira dua meter akibat di panah petir.
“Kejadian itu berlaku dengan cepat dan dua rakan bersama turut menerima kesan panahan berkenaan. Keadaan kedua-dua mangsa begitu mengerikan, dengan badan mereka hangus,” katanya.
Md Robiul berkata, hanya beliau seorang yang masih boleh berjalan selepas kejadian terbabit dan sebaik saja hujan dan petir reda, dia berusaha membantu rakan yang cedera akibat terkena panahan petir itu.
“Saya mendapati dua rakan yang terkena petir sudah meninggal, manakala dua rakan lagi mengerang kesakitan sebelum saya bergegas ke rumah kongsi untuk mendapatkan bantuan,” katanya.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/2maut_3cederadipanahpetir/Article
Dua warga Bangladesh maut dipanah petir
16/04/2012 1:33am
GUA MUSANG — Dua lelaki rakyat Bangladesh maut manakala tiga lagi rakan senegara mereka cedera dipanah petir ketika hujan lebat di kawasan ladang getah di Pos Blau dekat sini, semalam.
Amir Amza, 29, dan Mohammad Akterwas, 35, mati di tempat kejadian manakala tiga yang cedera iaitu Mohammad Robiul Islam, 32, Bashamin, 29, dan Lieon, 28, kini dirawat di Hospital Gua Musang.
Dalam kejadian pukul 3.30 petang itu, kelima-lima lelaki itu sedang berjalan untuk pulang ke rumah kongsi pekerja ladang yang terletak dua kilometer dari ladang itu.
Mohammad Robiul ketika ditemui di hospital berkata beliau bersama empat rakannya pulang ke rumah kongsi lebih awal kerana petir kuat dan hujan lebat mengganggu kerja menanam anak getah.
"Kebiasaan kami semua pulang pukul 5 petang dan diambil oleh seorang mandur menggunakan kenderaan pacuan empat roda tetapi kali ini terpaksa pulang lebih awal disebabkan hujan dan petir.
"Ketika berjalan pulang, terdengar bunyi letupan kuat dan saya lihat dua rakan rebah di situ dengan badannya hagus, manakala dua lagi rakan saya meraung kesakitan, tetapi saya bernasib baik hanya cedera ringan,” katanya.
Jurucakap polis Ibu Pejabat Polis Gua Musang ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. — BERNAMA
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0416&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_01.htm
Monday April 16, 2012
Bangladeshi duo killed by lightning
GUA MUSANG: Two Bangladeshi workers died while three others suffered injuries after being struck by lightning at a rubber plantation in Pos Balau here.
The dead are Amir Amza, 29, and Mohammad Akterwas, 35, while the three injured are Mohammad Robiul Islam, 32, Bashamin, 29, and Lieon, 28.
The Bangladeshi workers were walking in the heavy downpour to get to the workers' quarters located about 2km from the plantation when the mishap occurred at about 3.30pm.
“When we were walking through the rain, I heard a loud explosion before two of my friends collapsed with their bodies almost charred. My two other friends were screaming in pain. I was lucky to have suffered only minor injuries,” said Mohammad Robiul at the Gua Musang Hospital. – Bernama
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/4/16/nation/11112941&sec=nation#133453345202939&if_height=182
Ahad, 15 April 2012
Gas kilang punca amukan petir

Gas kilang punca amukan petir
15 April 2012
PANAHAN petir menyebabkan seorang maut setiap bulan di Malaysia.
BARU-baru ini, seramai 15 pelajar sekolah menengah yang sedang mengikuti program perkhemahan di Kem Pengakap Pengkalan Badak, Bukit Katil, Melaka cedera dipanah petir.
Kejadian pukul 5.30 petang Isnin lalu itu berlaku ketika hujan renyai-renyai. Kesemua mangsa dikejarkan ke Hospital Melaka untuk menerima rawatan lanjut.
Menurut seorang mangsa, Mohd. Faisal Othman, 15, sebelum peristiwa mengejutkan itu terjadi, dia duduk di sebuah khemah kecil yang memuatkan enam peserta.
“Tiba-tiba guruh dan petir berdentum menyebabkan saya keluar dari khemah itu untuk pergi ke khemah lain.
“Semasa saya bangun, saya nampak kilat telah menyambar sebatang pokok sebelum berasa seolah-olah ada arus elektrik mengalir dalam badan saya,” katanya.
Fenomena petir yang disertai kilat adalah lumrah alam.
Namun, panahan petir boleh menjadi satu ancaman kerana ia mampu menghasilkan arus elektrik sehingga 300,000 ampere dengan tahap kepanasan sehingga 40,000 darjah Celsius.
Ampere ialah unit sukatan untuk arus elektrik.
Setakat ini, sebanyak 25,000 individu di seluruh dunia telah menjadi mangsa panahan petir. Ia turut menyebabkan kerugian harta benda mencecah RM3.6 bilion setahun.
Menurut Pengarah Pusat Kecemerlangan Perlindungan Kilat (CELP), Universiti Putra Malaysia, Profesor Madya Dr. Mohd. Zainal Abidin Ab. Kadir, berdasarkan kajiannya, terdapat 50 kes kemalangan jiwa akibat panahan petir di negara ini sejak lima tahun lepas.
Secara matematik, satu kes kemalangan jiwa akibat panahan petir terjadi setiap bulan.
“Data ini berdasarkan kajian saya semata-mata. Mungkin jumlah sebenar lebih tinggi memandangkan negara kita tidak mengumpul rekod kemalangan jiwa yang disebabkan panahan petir.
“Jangan pandang ringan amukan petir kerana soal nyawa perlu menjadi keutamaan,” katanya kepada Jurnal.
Ujarnya, panahan petir tidak mengenal tempat. Ia boleh berlaku di padang bola, tapak pembinaan serta di dalam atau di luar bangunan.
Zainal juga berharap terdapat papan tanda amaran mengenai bahaya petir diletakkan di tempat awam seperti taman rekreasi, tasik, gelanggang futsal dan padang bola sepak sebagai langkah keselamatan.
“Ini sebagai langkah pencegahan sebelum berlaku perkara yang tidak diingini,” katanya.
Di Amerika Syarikat (AS), dilaporkan sebanyak 3,000 kematian setahun akibat serangan jantung yang berkaitan dengan panahan petir.
Kilat
Kebanyakan rakyat AS terkena petir semasa sedang melakukan aktiviti sukan dan riadah seperti memancing, berenang atau bermain golf dengan peratusan melebihi 50 peratus.
Zainal memberitahu, panahan petir bukan sahaja melibatkan kemalangan jiwa bahkan gangguan bekalan elektrik dan kerosakan peralatan elektronik.
“Jika gangguan elektrik berlaku dalam beberapa jam sahaja, sebuah kilang elektronik akan mengalami kerugian berjuta-juta ringgit selain menjejaskan sektor ekonomi negara,” katanya.
Tambah beliau, kebanyakan kes panahan petir disertai kilat berlaku untuk dua tempoh dalam setahun iaitu bulan April hingga Jun serta September hingga November.
Terdapat fakta yang mengejutkan iaitu kawasan Subang, Selangor dikenal pasti paling kerap disambar petir iaitu sebanyak 362 hari dalam setahun pada tahun 1987 hinggakan Subang digelar sebagai ‘Mahkota Kilat’ (Crown of Lighting).
Kata Zainal, punca ‘Mahkota Kilat’ juga disebabkan oleh pelepasan gas daripada sektor perindustrian. Fenomena perubahan cuaca yang tidak menentu turut mendorong kepada jumlah panahan petir yang tinggi di negara ini.
Ketua Kluster Sumber Asli dan Alam Sekitar Majlis Profesor Negara, Profesor Datuk Dr. Ibrahim Komoo berpendapat, keadaan cuaca sejak kebelakangan ini semakin merisaukan.
“Saya harap orang ramai tidak memandang ringan walaupun kebarangkalian untuk dipanah petir adalah rendah,” terang beliau.
Di sebalik ancaman panahan petir terhadap manusia, haiwan dan sektor perindustrian, terdapat penyelidikan pelik yang dilakukan oleh sekumpulan pengkaji Kanada pada Februari 2008.
Ketua penyelidik, Profesor Andres Lazano dari Hospital Barat Toronto, Kanada mendakwa, rangsangan elektrik di dalam otak, sama ada akibat disambar petir atau renjatan elektrik mampu meningkatkan memori seseorang.
Kata Lazano, penemuan itu berlaku secara kebetulan semasa pasukannya sedang merawat seorang lelaki tua berpenyakit diabetes peringkat kedua dengan stimulasi elektrik pada bahagian otak.
Hasilnya, lelaki itu mampu mengingati memori yang berlaku 20 tahun lepas dengan tepat serta merasakan dirinya lebih muda.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0415&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.htm
Jumaat, 13 April 2012
Introduce thunderstorm safety education in schools - expert
12 April 2012
KUALA LUMPUR (April 11, 2012): Thunderstorm safety education should be made compulsory in schools as early measure to prevent mishaps from occurring, says a lightning protection expert from Universiti Putra Malaysia (UPM).
Director of Centre of Excellence on Lightning Protection (CELP) UPM, Assoc Prof Dr Mohd Zainal Abidin Ab Kadir said society is not that concerned with safety as outdoor activities are still conducted during thunderstorms.
"When thunderstorms occur, all indoor and outdoor activities must stop until it is over to avoid damage to property and personal injury.
"The public are only aware of the danger posed by thunderstorms and take preventive measures after deaths, injuries and damage to property occur," he told Bernama here today.
A student of SMK Seksyen 16, Shah Alam died after he was struck by lightning while his friend was injured on April 3 after playing in a Petaling District school football tournament in UPM.
"The students were still doing sports activities during a thunderstorm. Teachers and parents must be responsible in exposing students to thunderstorm safety just like road safety education in schools."
Zainal said UPM would work with the Ministry of Education to ensure thunderstorm safety awareness campaign could be held in schools.
"The campaign is not only for teachers and students but also to encourage public participation to ensure safety and to take early preventive measures."
Asked about safety measures during thunderstorms, he said the public should avoid being in open space and should take shelter in buildings for protection.
"During thunderstorms, try not to stand near trees, stay away from metal items and tall pillars."
Zainal proposed that all houses be equipped with devices to prevent lightning strike during thunderstorms to ensure the safety of iccupants.
"The Ministry of Housing should introduce legislation where all houses must be installed with anti-lighting devices to ensure the safety of residents."
He advised the public to check the weather when planning outdoor activities and to avoid them if there were signs of thunderstorms for personal safety. -- Bernama
http://www.thesundaily.my/news/347226
Rabu, 11 April 2012
Mangsa petir: Dipercayai tidak pakai kasut
Mangsa petir: Dipercayai tidak pakai kasut 11 April 2012
BUKIT KATIL - “Sebahagian besar yang terkena renjatan itu disebabkan tidak memakai kasut,” kata Muhammad Farhan Aswad, 16.
Muhammad Farhan merupakan salah seorang peserta perkhemahan di Kem Pengakap Tan Chay Yan, Pengkalan Badak, di sini yang menyaksikan 15 peserta terkena renjatan panahan petir, Ahad lalu.
Dia yang merupakan salah seorang peserta perkhemahan Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM) menceritakan detik cemas kejadian kepada Sinar Harian, di sini semalam.
“Masa itu, bunyi dentuman petir bertalu-talu, manakala hujan sangat lebat. Saya lihat beberapa batang pokok turut tumbang,” katanya.
Dia yang mewakili Sekolah Kebangsaan Dato’ Dol Said, Alor Gajah berkata, khemahnya terletak bersebelahan tempat kejadian dengan jarak tidak sampai 10 meter.
“Ketika itu, kami baru sahaja selesai pasang khemah. Kebanyakan peserta berada dalam khemah dan sebaik menyedari hujan lebat, diselangi bunyi petir sangat kuat, kami diarahkan kem komandan supaya berlindung di surau kawasan perkhemahan.
“Saya difahamkan, kebanyakan peserta yang terkena renjatan disebabkan mereka tidak memakai kasut,” katanya.
Sementara itu, Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Melaka, Rohazam Yahya berkata, pihaknya sudah mengambil langkah keselamatan termasuk arahan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam supaya mengurangkan bilangan pokok besar yang boleh mendatangkan risiko tumbang.
“Sehingga kini kita masih meneruskan kerja pemulihan atas kerosakan berlaku.
“Kita juga sedang mengenalpasti pokok besar untuk ditebang bagi mengelak kejadian tidak diingini seperti ribut petir berulang semula,” katanya.
Menurut Rohazam, pihaknya juga akan mengarahkan pihak penganjur perkhemahan agar mengikuti segala peraturan ditetapkan terutama arahan untuk masuk ke dalam dewan disediakan apabila berlaku kejadian hujan lebat.
Tinjauan Sinar Harian di tapak perkhemahan juga mendapati lokasi berlakunya kejadian 15 pelajar Sekolah Menengah St Francis, Banda Hilir disambar petir telah dibersihkan.
Manakala, kesemua baki 16 peserta sekolah berkenaan menarik diri dari program yang sepatutnya berakhir Sabtu ini atas arahan pihak sekolah masing-masing.
http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/mangsa-petir-dipercayai-tidak-pakai-kasut-1.39093
Isnin, 9 April 2012
Pelajar rebah terkena renjatan panahan petir

9 April 2012
BUKIT KATIL - Seramai 15 pelajar dari 17 sekolah sekitar negeri ini terkena renjatan akibat panahan petir di Kem Pengakap Pengkalan Badak, di sini, petang semalam.
Pelajar berkenaan yang mengikuti perkemahan Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM) rebah selepas petir memanah sebuah pokok dalam kejadian kira-kira 5.30 petang.
Kesemua pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan St Francis, Banda Hilir, di sini adalah antara 584 pelajar yang menyertai program perkemahan bermula semalam hingga Sabtu ini.
Salah seorang mangsa, Mohd Faisal Othman, 15, berkata, sebelum kejadian, kesemua pelajar baru selesai membuat raptai sempena majlis perasmian program berkenaan di kem tersebut yang dijadualkan hari ini.
“Raptai dihentikan sekejap kerana hujan renyai dan kami semua masuk ke dalam khemah masing-masing. Saya dan lima rakan yang tinggal satu khemah kemudian mahu keluar ke khemah lebih besar kerana takut mendengar bunyi guruh dan petir.
“Tetapi, sebaik saja saya keluar dari khemah bersama tiga rakan lain, saya nampak pokok berhampiran khemah dipanah petir. Saya rasa seperti terkena elektrik terus jatuh terlentang,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di Hospital Melaka, dekat sini, semalam.
Mohd Faisal berkata, kejadian sama turut menimpa dua rakan sekhemahnya yang berada di luar, selain tiga lagi berada dalam khemah sama.
Sementara itu, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang melawat mangsa di unit kecemasan dan trauma hospital berkenaan, semalam berkata, seramai 14 pelajar dijangka dibenarkan pulang sebaik saja pemeriksaan selesai dilakukan pihak hospital.
“Setakat ini hanya seorang sahaja yang mengadu sakit dada dan sekiranya pemeriksaan selesai, kesemua 14 yang lain dibenarkan pulang ke rumah,” katanya kepada pemberita semalam.
Beliau bagaimanapun meminta ibu bapa pelajar terbabit tidak risau kerana kejadian tersebut terkawal.
http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/pelajar-rebah-terkena-renjatan-panahan-petir-1.38596




.jpg)



