Endau: Kepala seorang pemandu lori
berlubang kecil dengan kesan terbakar sejurus rumah kongsi di sebuah
ladang di Ulu Sungai Endau, dekat sini disambar petir, serentak
ketika dia mencabut pengecas telefon bimbitnya, kelmarin.
Kejadian di Ladang Sungai Merbau milik
Yayasan Pahang, kira-kira jam 7 petang itu menyebabkan Mohd Nazrun
Othman, 27, meninggal dunia sejurus tiba untuk rawatan kecemasan di
Klinik Kesihatan Endau.
Rakan parah
Rakannya, Muhammad Ikhwan Muhammad, 19,
yang berdiri berdekatan ketika kejadian, parah dan dihantar ke
Hospital Mersing sebelum dipindahkan ke Hospital Sultan Ismail, Johor
Bahru. Bagaimanapun, seorang rakan mereka, Johari Mohd Sood, 41,
terselamat.
Dinding rumah pecah
Ketika ditemui di Hospital Mersing,
malam kelmarin, Johari berkata, kejadian itu menyebabkan soket
elektrik terbakar, manakala dinding rumah kongsi mereka pecah hingga
pelbagai barangan berselerak sejurus kejadian.
“Sejurus dentuman guruh dan kilat
menyambar, saya lihat dua rakan terpelanting sambil menggelupur dan
mengerang kesakitan... saya tak mampu buat apa-apa ketika suara
Nazrun semakin lemah kecuali bergegas mendapatkan bantuan rakan lain
di ladang untuk menghantar mereka mendapatkan rawatan,” katanya.
Ketua Polis Rompin, Deputi
Superintendan Johari Jahaya, berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital
Muadzam sebelum diserahkan kepada keluarganya untuk dikebumikan di
Tanah Perkuburan Islam FELDA Selendang 1, Rompin.
Sementara itu, BH tidak dapat
menemubual ibu bapa mangsa kerana pasangan itu masih dalam keadaan
terkejut dan terlalu bersedih dengan kejadian menimpa anak lelaki
tunggal mereka, hanya beberapa minggu lagi umat Islam akan menyambut
Aidilfitri.
Termenung
Ibu saudara mangsa, Mariani Omar, 30,
yang ditemui di rumahnya di FELDA Selendang, Rompin, bagaimanapun
memak-lumkan, Nazrun kelihatan berat hati untuk pergi bekerja pada
pagi kejadian dan termenung di muka pintu sebelum beredar dengan
motosikal.
“Dia sempat berkata mahu
menyelesaikan kerjanya sebelum bercuti sempena Nuzul Quran. Tak
sangka dia meninggalkan kami dalam suasana Ramadan ini. Kami amat
terasa kehilangannya kerana dia anak lelaki tunggal daripada enam
beradik dalam keluarganya,” katanya.
Panahan petir sambar kepala
ENDAU: “Saya mahu kerja hari ini
saja, esok tidak lagi sebab saya masih bercuti, maklumlah raya dah
dekat,” itu kata-kata akhir Mohd Nazrun Othman, 27, yang maut
disambar petir di rumah kongsi tempat dia bekerja, kelmarin.
Kejadian jam 7 malam itu berlaku di
Ladang Sungai Merbau, Ulu Sungai Endau, dekat sini, ketika Mohd
Nazrun memasang alat pengecas telefon sebelum sambungan berkenaan
disambar petir lalu menyambar kepalanya.
Ibu saudara mangsa, Mariani Omar, 30,
ketika ditemui di rumahnya di Felda Selendang, Rompin berkata,
perubahan sikap mangsa yang seolah-olah berat hati untuk pergi
bekerja sebenarnya petanda dia meninggalkan keluarga buat
selama-lamanya.
Katanya, arwah yang bekerja sebagai
pemandu lori masih bercuti namun bekerja pada hari kejadian kerana
mahu mengumpul lebih banyak wang menjelang Aidilfitri, namun pada
masa sama berat hati meninggalkan keluarga dan dilihat termenung di
depan rumah biarpun enjin motosikalnya sudah dihidupkan.
“Tak sangka rupa-rupanya perubahan
itu petanda hari terakhirnya bersama kami.
Kami sangat terasa kehilangannya
memandangkan dia anak lelaki tunggal dalam keluarga,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/07
Tiada ulasan:
Catat Ulasan