MARANG: Dua sepupu maut disambar petir di Kampung Pengkalan
Berangan, di sini, Rabu.
Tuan Ahmad Salihin Tan Ibrahim, 8, dan Tuan Mohd Azhar Tuan
Sulaiman, 9, mati di tempat kejadian.
Kedua-dua murid Sekolah Rendah Kebangsaan Pengkalan Berangan
itu dikatakan disambar petir ketika mereka mengikut bapa Ahmad Salihin ke
ladang ternakan di Kampung Felda Cadur, kira-kira lima kilometer dari rumah mereka untuk
menangkap lembu dan kerbau.
Menurut ibu Ahmad Salihin, Noor Hayati Mohd Noor, 37,
suaminya keluar dari rumah kira-kira pukul 1 tengah hari diikuti anak dan anak
saudaranya yang baru pulang dari sekolah.
Noor Hayati berkata anaknya dan Mohd Azhar memang rapat dan
sentiasa mengikut suaminya Tan Ibrahim Tan Senik, 51, ke ladang untuk menangkap
haiwan ternakan itu.
"Semasa mereka keluar rumah cuaca agak baik tapi
selepas itu hujan turun dengan lebat beserta ribut dan kilat,"
katanya.Sementara itu ibu Tuan Mohd Azhar, Tengku Rosmawati Raja Ibrahim, 38,
berkata anak keempat dari tujuh beradik itu agak manja kebelakangan ini dan
rajin berbanding sebelum ini.
"Walaupun sedih namun saya reda dengan pemergian dua
sepupu ini di saat beberapa hari lagi kita nak sambut Hari Raya," katanya
yang terkilan kerana anaknya tidak sempat memakai baju Melayu yang dipilihnya
sendiri.
Ketua Polis Daerah Marang DSP Ahmad Mazlan Yahaya ketika
dihubungi mengesahkan kejadian.
Mayat kedua-dua sepupu itu dihantar ke Hospital Sultanah Nur
Zahirah Kuala Terengganu untuk bedah siasat. -BERNAMA
MARANG: “Saya sempat melihat cahaya merah memanah ke pokok
tempat anak dan anak saudara berteduh sebelum nampak mereka berdua tercampak,”
kata Tuan Ibrahim Tuan Senik, 51, bapa kepada Tuan Ahmad Sholihin, 8, yang
terbunuh bersama sepupunya, Tuan Mohd Azhar Tuan Sulaiman, 9, akibat dipanah
petir di Felda Chador, Marang, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, Tuan Ahmad Sholihin
meninggal dunia di tempat kejadian, manakala Mohd Azhar mati ketika dalam
perjalanan ke Klinik Kesihatan Pengkalan Berangan, akibat melecur teruk di
badan dan kepala.
Sebelum kejadian itu, dua kanak-kanak itu yang juga murid
Sekolah Kebangsaan Pengkalan Berangan pergi ke hutan berkenaan bersama Tuan
Ibrahim serta dua lagi rakannya yang mengambil upah menangkap kerbau dengan
sebuah van kira-kira jam 2.30 petang.
Setiba di tempat kejadian, Tuan Ahmad Sholihin dan
sepupunya, Mohd Azhar berteduh di pokok kelapa sawit kerana hujan renyai dan
mereka melihat Tuan Ibrahim bersama rakannya menangkap kerbau dari jauh apabila
petir menyambar pokok kelapa sawit itu.
Menurut Tuan Ibrahim, dia yang berada kira-kira enam meter
dari tempat anak dan anak saudaranya berteduh, bergegas untuk melihat keadaan
mereka.
“Kami dapati Tuan Ahmad Sholihin sudah tidak bernyawa. Hanya
Tuhan yang tahu perasaan saya melihat tubuhnya yang melecur teruk selain kesan
terbakar pada bajunya.
“Saya melihat Mohd Azhar terbaring tidak jauh dari pokok
kelapa sawit yang dipanah petir itu. Saya ingatkan dia tidak cedera dan
terkejut apabila mendapati dia lemah dan melecur teruk.
“Kejadian berlaku terlalu pantas. Saya dan dua rakan kemudian
membawa mereka ke Klinik Kesihatan Pengkalan Berangan untuk mendapatkan
bantuan,” katanya yang ditemui di Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah
(HSNZ)) di sini, semalam.
Tuan Ahmad Sholihin Tuan Ibrahim, 8, and Mohd Azhar Tuan
Sulaiman, 9, were with Ahmad's father, Tuan Ibrahim Tuan Senik, to search for
one of the buffaloes to be slaughtered for Hari Raya Aidilfitri
They abandoned the search midway when it rained at 3.30pm
and rushed for shelter at a makeshift hut nearby.
However, a lightning bolt struck a tree as the boys were
passing by, killing them instantly.
"We were already nearing the hut when the lightning
struck."
Tuan Ibrahim, 51, who was slightly injured, said he saw a
bright red flash and the boys were flung three metres away.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan