FIRMAN ALLAH

Dialah yang memperlihatkan kepada kamu kilat, untuk menimbulkan ketakutan dan keinginan dan Dialah yang menyusun awan yang berat.

Dan bertasbihlah petir dengan memujiNya, dan malaikat pun lantaran takut kepadaNya, dan Dia kirimkan halilintar (kilat) dan Dialah timpakan kepada barangsiapa yang Dia kehendaki, namun mereka masih membantah tentang Allah, padahal Dia adalah sangat pedih siksaan.
(Surah Ar Ra’ad :12-13)

Selasa, 7 Ogos 2012

Disambar petir ketika cas telefon

PORT DICKSON: Seorang lelaki maut dipercayai akibat disambar petir di rumahnya di Ladang Dundee, Sua Betong, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, mangsa, Law Chin Hong (gambar), 30, serta ahli keluarga yang lain dipercayai sedang berbual di ruang tamu rumahnya sebelum mangsa beredar untuk mengecas bateri telefon bimbit miliknya. Harian Metro difahamkan cuaca yang ketika itu sedang hujan berserta guruh, sebelum petir kemudian menyambar ke arah mangsa menyebabkannya rebah.

Sumber berkata, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Port Dickson (HPD) untuk menerima rawatan lanjut, namun dia disahkan meninggal dunia oleh doktor yang memeriksanya.

“Menurut penduduk kampung, kawasan rumah itu sering berlaku kejadian dipanah petir. Sebelum ini, ada kejadian pokok dan beberapa perkakas elektrik seperti televisyen, mesin basuh dan sebagainya terkena petir,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang bekerja sebagai pemandu kren meninggalkan seorang isteri dan dua anak masing-masing berusia satu dan tiga tahun.

“Mangsa yang hanya memakai seluar pendek ketika kejadian, mengalami kesan terbakar di bahagian kepala dan badannya akibat dipanah petir manakala seluar yang dipakainya turut hangus sebahagiannya,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Baljeet Singh, ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit dan menasihatkan orang ramai berhati-hati ketika hujan.

“Ketika hari hujan dan terdapat petir orang ramai dinasihatkan tak buat kerja yang berkaitan elektrik,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2011/11/30

Tiada ulasan:

Catat Ulasan