FIRMAN ALLAH

Dialah yang memperlihatkan kepada kamu kilat, untuk menimbulkan ketakutan dan keinginan dan Dialah yang menyusun awan yang berat.

Dan bertasbihlah petir dengan memujiNya, dan malaikat pun lantaran takut kepadaNya, dan Dia kirimkan halilintar (kilat) dan Dialah timpakan kepada barangsiapa yang Dia kehendaki, namun mereka masih membantah tentang Allah, padahal Dia adalah sangat pedih siksaan.
(Surah Ar Ra’ad :12-13)

Khamis, 16 Ogos 2012

Dua Sepupu Maut Disambar Petir Di Marang

Khamis Ogos 16, 2012

MARANG: Dua sepupu maut disambar petir di Kampung Pengkalan Berangan, di sini, Rabu.

Tuan Ahmad Salihin Tan Ibrahim, 8, dan Tuan Mohd Azhar Tuan Sulaiman, 9, mati di tempat kejadian.

Kedua-dua murid Sekolah Rendah Kebangsaan Pengkalan Berangan itu dikatakan disambar petir ketika mereka mengikut bapa Ahmad Salihin ke ladang ternakan di Kampung Felda Cadur, kira-kira lima kilometer dari rumah mereka untuk menangkap lembu dan kerbau.

Menurut ibu Ahmad Salihin, Noor Hayati Mohd Noor, 37, suaminya keluar dari rumah kira-kira pukul 1 tengah hari diikuti anak dan anak saudaranya yang baru pulang dari sekolah.

Noor Hayati berkata anaknya dan Mohd Azhar memang rapat dan sentiasa mengikut suaminya Tan Ibrahim Tan Senik, 51, ke ladang untuk menangkap haiwan ternakan itu.

"Semasa mereka keluar rumah cuaca agak baik tapi selepas itu hujan turun dengan lebat beserta ribut dan kilat," katanya.Sementara itu ibu Tuan Mohd Azhar, Tengku Rosmawati Raja Ibrahim, 38, berkata anak keempat dari tujuh beradik itu agak manja kebelakangan ini dan rajin berbanding sebelum ini.

"Walaupun sedih namun saya reda dengan pemergian dua sepupu ini di saat beberapa hari lagi kita nak sambut Hari Raya," katanya yang terkilan kerana anaknya tidak sempat memakai baju Melayu yang dipilihnya sendiri.

Ketua Polis Daerah Marang DSP Ahmad Mazlan Yahaya ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Mayat kedua-dua sepupu itu dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu untuk bedah siasat. -BERNAMA


MARANG: “Saya sempat melihat cahaya merah memanah ke pokok tempat anak dan anak saudara berteduh sebelum nampak mereka berdua tercampak,” kata Tuan Ibrahim Tuan Senik, 51, bapa kepada Tuan Ahmad Sholihin, 8, yang terbunuh bersama sepupunya, Tuan Mohd Azhar Tuan Sulaiman, 9, akibat dipanah petir di Felda Chador, Marang, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, Tuan Ahmad Sholihin meninggal dunia di tempat kejadian, manakala Mohd Azhar mati ketika dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Pengkalan Berangan, akibat melecur teruk di badan dan kepala.

Sebelum kejadian itu, dua kanak-kanak itu yang juga murid Sekolah Kebangsaan Pengkalan Berangan pergi ke hutan berkenaan bersama Tuan Ibrahim serta dua lagi rakannya yang mengambil upah menangkap kerbau dengan sebuah van kira-kira jam 2.30 petang.

Setiba di tempat kejadian, Tuan Ahmad Sholihin dan sepupunya, Mohd Azhar berteduh di pokok kelapa sawit kerana hujan renyai dan mereka melihat Tuan Ibrahim bersama rakannya menangkap kerbau dari jauh apabila petir menyambar pokok kelapa sawit itu.

Menurut Tuan Ibrahim, dia yang berada kira-kira enam meter dari tempat anak dan anak saudaranya berteduh, bergegas untuk melihat keadaan mereka.

“Kami dapati Tuan Ahmad Sholihin sudah tidak bernyawa. Hanya Tuhan yang tahu perasaan saya melihat tubuhnya yang melecur teruk selain kesan terbakar pada bajunya.

“Saya melihat Mohd Azhar terbaring tidak jauh dari pokok kelapa sawit yang dipanah petir itu. Saya ingatkan dia tidak cedera dan terkejut apabila mendapati dia lemah dan melecur teruk.

“Kejadian berlaku terlalu pantas. Saya dan dua rakan kemudian membawa mereka ke Klinik Kesihatan Pengkalan Berangan untuk mendapatkan bantuan,” katanya yang ditemui di Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ)) di sini, semalam.


Tuan Ahmad Sholihin Tuan Ibrahim, 8, and Mohd Azhar Tuan Sulaiman, 9, were with Ahmad's father, Tuan Ibrahim Tuan Senik, to search for one of the buffaloes to be slaughtered for Hari Raya Aidilfitri

They abandoned the search midway when it rained at 3.30pm and rushed for shelter at a makeshift hut nearby.

However, a lightning bolt struck a tree as the boys were passing by, killing them instantly.

"We were already nearing the hut when the lightning struck."

Tuan Ibrahim, 51, who was slightly injured, said he saw a bright red flash and the boys were flung three metres away.

Rabu, 8 Ogos 2012

Tanggal alat elektrik ketika petir

KUALA LUMPUR: Apa saja alatan elektrik baik televisyen, penghawa dingin malah pengecas telefon bimbit sekalipun seharusnya ditutup serta ditanggalkan dari soket ketika cuaca tidak elok terutama hujan lebat dan petir.

Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abd Rahman, berkata, peringatan mengenai bahaya penggunaan alatan elektrik ketika cuaca buruk sejak sekian lama diuar-uarkan menerusi media massa, namun segelintir masyarakat seolah-olah tidak mengendahkannya.

Menurutnya, tidak kira sama ada menggunakannya atau tidak, ketika petir khususnya, plug peralatan elektrik tidak patut dibiarkan terpasang di soket bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/08

Selasa, 7 Ogos 2012

Kepala berlubang kena panah petir

Berita Harian 7 Ogos 2012

Endau: Kepala seorang pemandu lori berlubang kecil dengan kesan terbakar sejurus rumah kongsi di sebuah ladang di Ulu Sungai Endau, dekat sini disambar petir, serentak ketika dia mencabut pengecas telefon bimbitnya, kelmarin.

Kejadian di Ladang Sungai Merbau milik Yayasan Pahang, kira-kira jam 7 petang itu menyebabkan Mohd Nazrun Othman, 27, meninggal dunia sejurus tiba untuk rawatan kecemasan di Klinik Kesihatan Endau.

Rakan parah
Rakannya, Muhammad Ikhwan Muhammad, 19, yang berdiri berdekatan ketika kejadian, parah dan dihantar ke Hospital Mersing sebelum dipindahkan ke Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Bagaimanapun, seorang rakan mereka, Johari Mohd Sood, 41, terselamat.

Dinding rumah pecah

Ketika ditemui di Hospital Mersing, malam kelmarin, Johari berkata, kejadian itu menyebabkan soket elektrik terbakar, manakala dinding rumah kongsi mereka pecah hingga pelbagai barangan berselerak sejurus kejadian.

“Sejurus dentuman guruh dan kilat menyambar, saya lihat dua rakan terpelanting sambil menggelupur dan mengerang kesakitan... saya tak mampu buat apa-apa ketika suara Nazrun semakin lemah kecuali bergegas mendapatkan bantuan rakan lain di ladang untuk menghantar mereka mendapatkan rawatan,” katanya.

Ketua Polis Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya, berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Muadzam sebelum diserahkan kepada keluarganya untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam FELDA Selendang 1, Rompin.

Sementara itu, BH tidak dapat menemubual ibu bapa mangsa kerana pasangan itu masih dalam keadaan terkejut dan terlalu bersedih dengan kejadian menimpa anak lelaki tunggal mereka, hanya beberapa minggu lagi umat Islam akan menyambut Aidilfitri.
Termenung

Ibu saudara mangsa, Mariani Omar, 30, yang ditemui di rumahnya di FELDA Selendang, Rompin, bagaimanapun memak-lumkan, Nazrun kelihatan berat hati untuk pergi bekerja pada pagi kejadian dan termenung di muka pintu sebelum beredar dengan motosikal.

“Dia sempat berkata mahu menyelesaikan kerjanya sebelum bercuti sempena Nuzul Quran. Tak sangka dia meninggalkan kami dalam suasana Ramadan ini. Kami amat terasa kehilangannya kerana dia anak lelaki tunggal daripada enam beradik dalam keluarganya,” katanya.



Panahan petir sambar kepala

ENDAU: “Saya mahu kerja hari ini saja, esok tidak lagi sebab saya masih bercuti, maklumlah raya dah dekat,” itu kata-kata akhir Mohd Nazrun Othman, 27, yang maut disambar petir di rumah kongsi tempat dia bekerja, kelmarin.

Kejadian jam 7 malam itu berlaku di Ladang Sungai Merbau, Ulu Sungai Endau, dekat sini, ketika Mohd Nazrun memasang alat pengecas telefon sebelum sambungan berkenaan disambar petir lalu menyambar kepalanya.
Ibu saudara mangsa, Mariani Omar, 30, ketika ditemui di rumahnya di Felda Selendang, Rompin berkata, perubahan sikap mangsa yang seolah-olah berat hati untuk pergi bekerja sebenarnya petanda dia meninggalkan keluarga buat selama-lamanya.

Katanya, arwah yang bekerja sebagai pemandu lori masih bercuti namun bekerja pada hari kejadian kerana mahu mengumpul lebih banyak wang menjelang Aidilfitri, namun pada masa sama berat hati meninggalkan keluarga dan dilihat termenung di depan rumah biarpun enjin motosikalnya sudah dihidupkan.

“Tak sangka rupa-rupanya perubahan itu petanda hari terakhirnya bersama kami.

Kami sangat terasa kehilangannya memandangkan dia anak lelaki tunggal dalam keluarga,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/07

Disambar petir ketika cas telefon

PORT DICKSON: Seorang lelaki maut dipercayai akibat disambar petir di rumahnya di Ladang Dundee, Sua Betong, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, mangsa, Law Chin Hong (gambar), 30, serta ahli keluarga yang lain dipercayai sedang berbual di ruang tamu rumahnya sebelum mangsa beredar untuk mengecas bateri telefon bimbit miliknya. Harian Metro difahamkan cuaca yang ketika itu sedang hujan berserta guruh, sebelum petir kemudian menyambar ke arah mangsa menyebabkannya rebah.

Sumber berkata, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Port Dickson (HPD) untuk menerima rawatan lanjut, namun dia disahkan meninggal dunia oleh doktor yang memeriksanya.

“Menurut penduduk kampung, kawasan rumah itu sering berlaku kejadian dipanah petir. Sebelum ini, ada kejadian pokok dan beberapa perkakas elektrik seperti televisyen, mesin basuh dan sebagainya terkena petir,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang bekerja sebagai pemandu kren meninggalkan seorang isteri dan dua anak masing-masing berusia satu dan tiga tahun.

“Mangsa yang hanya memakai seluar pendek ketika kejadian, mengalami kesan terbakar di bahagian kepala dan badannya akibat dipanah petir manakala seluar yang dipakainya turut hangus sebahagiannya,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Baljeet Singh, ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit dan menasihatkan orang ramai berhati-hati ketika hujan.

“Ketika hari hujan dan terdapat petir orang ramai dinasihatkan tak buat kerja yang berkaitan elektrik,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2011/11/30