FIRMAN ALLAH

Dialah yang memperlihatkan kepada kamu kilat, untuk menimbulkan ketakutan dan keinginan dan Dialah yang menyusun awan yang berat.

Dan bertasbihlah petir dengan memujiNya, dan malaikat pun lantaran takut kepadaNya, dan Dia kirimkan halilintar (kilat) dan Dialah timpakan kepada barangsiapa yang Dia kehendaki, namun mereka masih membantah tentang Allah, padahal Dia adalah sangat pedih siksaan.
(Surah Ar Ra’ad :12-13)

Isnin, 12 September 2011

PEMUDA MATI DIPANAH PETIR

Harian Metro 12 Sep 2011

MARANG: Seorang pekerja sambilan di sebuah sangkar ikan meninggal dunia di tempat kejadian selepas dipanah petir ketika berada di bangsal rakit sangkar ikan di sungai Kampung Batangan, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 6 petang itu, Mohd Fakrizuddin Adnan, 27, seorang penoreh getah dan bekerja sambilan menjaga sangkar ikan sedang memberi makan ikan.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya berkata, ketika kejadian mangsa berdiri di atas rakit sangkar itu bersama seorang rakan.

Beliau berkata, ketika kejadian hujan renyai-renyai sebelum tiba-tiba petir menyambar mangsa menyebabkan dia jatuh terlentang di atas rakit berkenaan.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pemudamatidipanahpetir/Article/index_html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan