FIRMAN ALLAH

Dialah yang memperlihatkan kepada kamu kilat, untuk menimbulkan ketakutan dan keinginan dan Dialah yang menyusun awan yang berat.

Dan bertasbihlah petir dengan memujiNya, dan malaikat pun lantaran takut kepadaNya, dan Dia kirimkan halilintar (kilat) dan Dialah timpakan kepada barangsiapa yang Dia kehendaki, namun mereka masih membantah tentang Allah, padahal Dia adalah sangat pedih siksaan.
(Surah Ar Ra’ad :12-13)

Khamis, 22 September 2011

LRT Aliran Putra tergendala akibat disambar petir



LRT Aliran Putra tergendala akibat disambar petir
November 15, 2010

Perkhidmatan Aliran Putra terganggu hampir dua jam. — gambar failKUALA LUMPUR, 15 Nov — Tren perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) Aliran Rel Putra, yang tergendala sejak 4.30 petang tadi akibat sistem perkhidmatan itu disambar petir, kembali pulih kira-kira dua jam kemudian.

Jurucakap Pusat Kawalan Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (RapidKL) berkata kejadian itu menyebabkan tren tidak berhenti di empat stesen bawah tanah iaitu Kampung Baru, Dang Wangi, KLCC dan Masjid Jamek.

“Kejadian ini disebabkan gangguan teknikal akibat hujan lebat dan sistem perkhidmatan disambar petir,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata kerja pembaikan segera dilakukan dan tren itu kembali beroperasi seperti biasa pada kira-kira 6 petang.

Kejadian itu, yang berlaku ketika waktu puncak, menyebabkan ramai penumpang LRT terkandas di stesen-stesen berkenaan. — Bernama

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/lrt-aliran-putra-tergendala-akibat-disambar-petir/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan