FIRMAN ALLAH

Dialah yang memperlihatkan kepada kamu kilat, untuk menimbulkan ketakutan dan keinginan dan Dialah yang menyusun awan yang berat.

Dan bertasbihlah petir dengan memujiNya, dan malaikat pun lantaran takut kepadaNya, dan Dia kirimkan halilintar (kilat) dan Dialah timpakan kepada barangsiapa yang Dia kehendaki, namun mereka masih membantah tentang Allah, padahal Dia adalah sangat pedih siksaan.
(Surah Ar Ra’ad :12-13)

Rabu, 19 Mei 2010

Malaysia: Soccer player struck dead by lightning

NST Online
Wed, 02 Apr 2008 14:54 EDT

A man died after he was struck by lightning while playing football at the
Sekolah Kebangsaan Tengku Bendahara field in Kodiang, Kedah yesterday.

In the 7pm incident, Mohd Khairon Fazdli Md Isa, 27, a heavy machine operator, was playing with friends at the field when the lightning struck.

His friend, Rozaimi Johari, 26, passed out in the incident.

Met the Tuanku Fauziah Hospital here, Rozaimi said he saw a bright light and heard a loud bang before passing out, adding that the weather was fine at that time.
When he regained consciousness several minutes later he saw Mohd Khairon laying motionless on the field.

Kangar police confirmend the incident.

Mohd Khairon's body had been taken to Kodiang last night for burial in Kampung Damai today.

https://www.sott.net/articles/show/152447-Malaysia-Soccer-player-struck-dead-by-lightning

April 02, 2008 11:48 AM

Lelaki Maut Disambar Petir Ketika Bermain Bola Sepak

KANGAR, 2 April (Bernama) -- Seorang lelaki maut disambar petir ketika sedang bermain bola sepak di padang Sekolah Kebangsaan Tengku Bendahara, Kodiang, Kedah semalam.

Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira pukul 7 petang dalam cuaca cerah apabila mangsa, Mohd Khairon Fazdli Md Isa, 27, bersama rakan-rakan sedang bermain di tengah padang bola itu.

Mangsa yang baru dua bulan bertugas dengan sebuah syarikat pembinaan di Perlis sebagai pembantu jentera berat maut di tempat kejadian manakala seorang lagi rakannya, Rozaimi Johari, 26, pengsan akibat kejadian itu.

Rozaimi yang ditemui di Hospital Tuanku Fauziah di sini malam tadi, berkata beliau yang berada berhampiran mangsa melihat cahaya terang dan bunyi yang kuat sebelum pengsan selama beberapa minit.

Katanya apabila tersedar semula, beliau melihat mangsa yang masih bujang itu telah kaku.

Turut menziarahi jenazah adalah bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim.

Polis mengesahkan kejadian itu dan berkata jenazahnya dibawa pulang ke Kodiang, malam tadi untuk dikebumikan di Kampung Damai hari ini.

-- BERNAMA
http://web10.bernama.com/kpdnhep/newsBm.php?id=324128&vo=26

Tiada ulasan:

Catat Ulasan