Pekerja bagasi disambar petir
10 November 2016
Subang: Seorang pekerja pengangkat bagasi syarikat
penerbangan Malindo Air cedera apabila troli bagasi dibawanya disambar petir di
Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di sini, hari ini.
Difahamkan kejadian berlaku ketika hujan lebat berserta
ribut di kawasan lapangan terbang itu kira-kira jam 3 petang. Mangsa sedang
mengendalikan bagasi apabila troli berhampirannya disambar petir menyebabkan
dia terkena renjatan.
Pekerja itu dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh untuk
rawatan.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malindo Air,
Chandran Rama Muthy menerusi kenyataan yang mengesahkan kejadian itu berkata,
pekerja berkenaan masih dirawat dan keadaannya stabil.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan