Dipanah petir
10 November 2016
Gua Musang: Seorang lelaki maut selepas dipanah petir ketika
mengupas kulit buah kelubi di bangsal depan rumahnya di Kampung Tanah Puteh, di
sini, petang semalam.
Dalam kejadian pada 7 malam itu, Mohd Syamsudin Muda, 52,
seorang diri di bangsal terbabit dan parah di bahagian perut dan paha.
Ketua Polis Daerah
Gua Musang, Superintendan Rajab Ahad Ismail berkata, isteri dan lapan anaknya berada di dalam
rumah terletak 20 meter dari bangsal itu.
"Mangsa ditemui anak perempuannya berusia 10 tahun di
bangsal itu yang menyangka mangsa sedang tidur selepas melihatnya terbaring
bersama gumpalan selimut.
"Dia kemudian memanggil ibunya untuk membantu
mengejutkan mangsa yang tidak sedar diri sebelum mereka meminta bantuan jiran
selepas mangsa langsung tidak bergerak," katanya ketika dihubungi di sini,
hari ini.
Mangsa disahkan meninggal dunia dan mayatnya dibawa ke
Hospital Gua Musang, di sini untuk dibedah siasat dan dijangka dikebumikan pagi
ini.
Turut mati dalam kejadian itu, beruk milik mangsa yang
ditambat di tepi bangsal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan