Korban percikan petir
19 Mei 2015
Batu Pahat: “Panahan petir berlaku dua kali. Yang pertama
tak ada apa-apa, namun panahan kedua menyambar pokok pinang sebelum percikannya
merebak ke pondok menunggu tempat ketiga-tiga mangsa berteduh.”
Demikian kata Mazlan Md Salleh, 45, mengenai insiden panahan
petir di Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Rengas, Parit Karjan, Sri Medan di
sini, semalam yang mengorbankan dua lelaki manakala seorang budak perempuan
parah.
Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu , mangsa terbunuh
ialah dua bapa, Huda Janif, 35 dan Norazwan Juwari, 41, yang mahu menjemput
anak masing-masing pulang dari sekolah.
Kanak-kanak yang parah ialah Siti Nur Aina Hairi , 9,
dihantar untuk menerima rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di
sini.
Mazlan yang juga pengawal keselamatan SK Permatang Rengas
berkata, kejadian berlaku ketika kawasan itu dilanda angin kencang berserta
petir.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan