Isnin, 18 Mei 2015 10:19 PM
JOHOR BARU: Dua bapa murid maut
manakala seorang murid berada dalam keadaan kritikal akibat dipanah
petir ketika mereka berteduh di perhentian bas di Parit Kajan Sri
Medan, Batu Pahat tengah hari Isnin.
Mangsa yang maut dikenali sebagai Huda
Janif @ Haji Abdullah Omar, 35, dan Norazwan Juwari, 41, yang ketika
itu sedang menunggu anak-anak masing-masing keluar dari sekolah.
Siti Nur Aina Hairi, 9, yang sedang
menunggu bapanya dilapor krtikal dan dirawat di Hospital Sultanah
Nora Ismail.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten
Komisioner Din Ahmad berkata kejadian pukul 12.45 tengah hari itu
berlaku di hadapan Sekolah Kebangsaan Permatang Rengas Karjan, Sri
Medan.
Beliau berkata kedua-dua bapa murid itu
meninggal di tempat kejadian kerana kecederaan dalaman badan dan
melecur.
Sementara Siti Nur Aina dilapor cedera
pada kepala dengan kesan terbakar di rambut serta kerosakan pada
paru-paru.
Mayat dibawa ke hospital untuk dibedah
siasat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan