FIRMAN ALLAH

Dialah yang memperlihatkan kepada kamu kilat, untuk menimbulkan ketakutan dan keinginan dan Dialah yang menyusun awan yang berat.

Dan bertasbihlah petir dengan memujiNya, dan malaikat pun lantaran takut kepadaNya, dan Dia kirimkan halilintar (kilat) dan Dialah timpakan kepada barangsiapa yang Dia kehendaki, namun mereka masih membantah tentang Allah, padahal Dia adalah sangat pedih siksaan.
(Surah Ar Ra’ad :12-13)

Selasa, 29 Disember 2009

Warga Korea main golf maut disambar petir

Berita Harian 29 Dis 2009

PORT DICKSON: Kegembiraan seorang warga Korea Selatan bercuti untuk bermain golf di sini berakhir dengan tragedi apabila dia mati disambar petir, petang kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superintendan Adnan Mohd Ali, berkata ketika kejadian kira-kira jam 3.30 petang, Yoon Doo Jae, 69, bersama empat rakannya sedang bermain golf di padang sebuah kelab golf di sini.

Katanya, ketika kejadian hujan renyai-renyai dan mangsa tiba-tiba terjatuh selepas disambar petir menyebabkan sebahagian tubuhnya melecur.

"Mangsa mati di tempat kejadian. Rakannya yang terkejut segera menghubungi pihak kelab itu yang kemudian melaporkannya kepada polis dan membawa mangsa ke hospital," katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, keluarga mangsa dijangka tiba semalam dan proses bedah siasat akan dijalankan sebelum mayatnya dibawa pulang ke Korea Selatan.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Nasional/20091228235421/Article/index_html

Isnin, 7 Disember 2009

Pelajar kolej maut dipanah petir

Utusan Malaysia 7 Dis 09

PETALING JAYA 7 Dis. – Seorang pelajar sebuah kolej maut selepas dipanah petir ketika sedang bermain bola keranjang bersama empat rakannya di USJ Taipan, dekat sini petang semalam.

Mangsa, Tan Han Yim, 20, merupakan pelajar jurusan komunikasi di Subang Jaya meninggal dunia serta merta dalam kejadian pukul 5.30 petang.

Empat lagi rakannya bagaimanapun terselamat dan hanya mengalami kecederaan ringan.

Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat sebelum dituntut oleh ahli keluarganya. - Utusan

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1207&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_12.htm

Sabtu, 31 Oktober 2009

Malaysia negara panahan petir tertinggi di dunia

Berapa ramai orang yang mati di Malaysia setiap tahun akibat petir ? Tiada data dijumpai , tak tahulah ada ke tidak jabatan kerajaan di Malaysia yang ada statistik tersebut.

Tapi banyak berita mereka yang mati di panah petir , di pondok bas , di padang bola , di atas gunung , atas motosikal , mencandat sotong dan banyak lagi.

Tahu ke tidak , negara kita Malaysia ini adalah antara negara yang paling banyak panahan petir di dunia selepas Rwanda dan Congo ?

Tapi kita tidak ada statistik berapa ramai yang mati , yang cedera , yang hampir terkena panahan petir setiap tahun. Anggaran kasar mengatakan mereka yang mati akibat dipanah petir di Malaysia ialah 10 kali ganda lebih tinggi daripada mereka di Amerika Syarikat dari segi kadar penduduk.

Kita tiada program kesedaran mengenai langkah yang perlu diambil ketika dengar guruh , nampak awan hitam , hujan renyai , hujan lebat dan sebagainya untuk berlindung dari kemungkinan petir menyambar bila-bila masa.

Anak-anak , remaja bahkan orang tua buat tak kisah main di padang bola , di padang golf , memancing ketika nampak hujan nak turun. Setidak-tidaknya tanya diri dulu dah sembahyang ke belum , ayat Quran yang mana patut di baca ketika guruh dan petir.

Bak kata Encik Hartono Zainal Abidin seorang yang pakar dalam petir dan seorang jurutera perunding dalam artikel akhbar The Star “We shouldn’t wait until lightning strikes a VIP before we take strong action.” – Kita tak perlu tunggu hingga petir panah seorang VIP baru kita nak bertindak.

Terjemahan Al Quran : “Dan Dia lah juga yang guruh dan malaikat bertasbih memujiNya, kerana takut kepadaNya. Dan Dia lah juga yang menghantarkan petir, lalu Ia mengenakan dengan panahannya kepada sesiapa yang dikehendakinya Dan mereka yang ingkar itu membantah (serta mendustakan Rasul) mengenai perkara yang berhubung dengan Allah (dan kuat kuasaNya) Padahal Ia amat keras azab seksanya.”
(Surah Ar-Ra’d , ayat 13)


http://www.lightningsafety.com/nlsi_info/world-lightning-activity.html
Top Lightning Flash Density Sites Worldwide
Kamembe, Rwanda 82.7
Boende, Dem. Rep. Congo 66.3
Lusambo, Dem. Rep. Congo 52.1
Kananga, Dem. Rep. Congo 50.3
Kuala Lumpur, Malaysia 48.3

http://www.marsaprotector.com/lightning%20in%20malaysia.html
Lightning generates extremely large surge current and voltage. Malaysia ranks as one of the highest lightning activities in the world, where the average-thunder day level for Kuala Lumpur is within 180 - 300 days per annum. Eighty percent of the lightning discharge currents to the ground in Malaysia exceed 20 kA with potentials approaching 50 to 100 million volts.

http://thestar.com.my/lifestyle/story.asp?file=/2009/5/17/lifefocus/3895023&sec=lifefocus
Sunday May 17, 2009
Land of lightning

ON Monday, 10 people on a squid fishing boat were injured when they were struck by lightning in waters off Kuala Terengganu.

On May 7, Mohd Fozei Saad, an ustaz (religious teacher) in Alor Setar, was riding his motorbike home from school with his son when he was killed by lightning.

And then, there is property damage. On April 11, a fire broke out at the Putrajaya Hospital after it was struck by lightning. Staff evacuated all 14 patients in the orthopaedic ward before the ceiling collapsed.

In November 2007, two oil storage tanks at the Shell Malaysia refinery in Port Dickson caught fire after being struck by lightning. A year earlier in December, a lightning strike near the Ipoh Selatan exit of the North-South Highway fried the computerised systems. However, this act of God did not absolve motorists from paying tolls, which were then collected manually – resulting in a 8km-long traffic jam.

“In 2005, a strike knocked out one dozen passenger bridges to aircraft at the KL International Airport. When I was called in, I found that the lightning grounding systems were not done properly.”

So, Malaysia is a lightning cauldron – which may boil over.

“Global warming will probably increase the severity and frequency of thunderstorms,” says Saw.

As if all that wasn’t enough, Prof Liew Ah Choy of the National University of Singapore, a specialist in lightning protection and electrical engineering, predicts that 2009 will be another “hell year” for lightning.

Despite the high incidence of lightning strikes, Hartono Zainal Abidin, a local lightning expert and consultant engineer, bemoans the lack of awareness of the dangers.

“People often continue playing football in the field even though there is thunder.”

According to the US National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA), 27 and 45 people in America were killed in lightning accidents in 2008 and 2007 respectively (89% were male!)

Hartono estimates that Malaysia has a similar number of fatalities.

“But when you consider that America has about 300 million people while we have only 27 million, that means our lightning death rate is actually 10 times more than theirs,” he adds.

Hartono notes that Singapore also has much better awareness about lightning safety.

In Singapore, small park gazebos have been earthed in just such a manner.

Hartono suggests the authorities give short safety messages during weather forecasts on TV. In the US, he adds, the National Weather Service conducts a lightning safety programme at the beginning of every summer. That’s a programme American meteorologist Ron Holle is very familiar with.

Thanks to public education, he says deaths and injuries in the US have dropped significantly over the past decade but creating awareness is never-ending.

Surely that is good enough reason to start the education process in Malaysia immediately. As Hartono puts it, “We shouldn’t wait until lightning strikes a VIP before we take strong action.”

Cerita sepenuhnya di sini
http://waghih.blogspot.com/2009/07/malaysia-negara-panahan-petir-tertinggi.html

13 Ekor Lembu Mati Dipanah Petir

Artikel sepenuhnya di sini
http://waghih.blogspot.com/2009/10/13-ekor-lembu-mati-dipanah-petir.html

Anggota tentera maut

Utusan Malaysia 30 Okt 09

KOTA TINGGI 29 Okt. - Dua anggota tentera maut akibat dipanah petir ketika menjalankan rondaan mencegah pendaratan pendatang asing tanpa izin (PATI) di Pantai Batu Layar, dekat sini semalam.

Mangsa, Prebet Mohd. Safri Sazali, 21, berasal dari Perumahan Tersusun Mawai di sini dan Lans Korperal Rizal Md. Lajim, 33, dari Enggor, Perak, maut di tempat kejadian.

Ketika ditemui, terdapat kesan koyakan pada paha kanan Mohd. Safri manakala mayat Rizal pula mengalami kesan calar di pinggang kanan.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Osman Muhammad Sebot berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 3 petang ketika mereka sedang meronda bersama tiga lagi rakan.

Bagaimanapun, katanya, tiga rakan mangsa tidak mengalami kecederaan.

"Kedua-dua mereka adalah anggota tentera Markas Taktikal 23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) yang berpengkalan di Ipoh.

"Mereka ditugaskan di pos Tanjung Sepang, Sungai Rengit, Kota Tinggi bagi menghalang pendaratan PATI," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Osman berkata, jenazah kedua-duanya dihantar ke Hospital Kota Tinggi untuk siasatan lanjut.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika hujan renyai apabila mangsa berjalan secara beriringan manakala tiga rakan mereka tidak jauh di belakang di pos pemerhati pantai di Tanjung Balau.

Kedua-duanya tiba-tiba disambar petir menyebabkan mereka terpelanting dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Jenazah Mohd. Safri dikebumikan di tanah Perkuburan Islam Kampung Mawai Baru, manakala jenazah Mohd. Rizal dibawa dengan kereta jenazah tentera malam tadi untuk di kebumikan di Kuala Kangsar, Perak.

Sementara itu, ibu kepada Mohd. Safri, Nazibah Nyat, 44, berkata, sebelum kejadian, Allahyarham bersungguh-sungguh meminta kek asam manis dan lauk ayam masak merah kegemarannya bersama nasi.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1030&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_15.htm