FIRMAN ALLAH

Dialah yang memperlihatkan kepada kamu kilat, untuk menimbulkan ketakutan dan keinginan dan Dialah yang menyusun awan yang berat.

Dan bertasbihlah petir dengan memujiNya, dan malaikat pun lantaran takut kepadaNya, dan Dia kirimkan halilintar (kilat) dan Dialah timpakan kepada barangsiapa yang Dia kehendaki, namun mereka masih membantah tentang Allah, padahal Dia adalah sangat pedih siksaan.
(Surah Ar Ra’ad :12-13)

Selasa, 29 Disember 2009

Warga Korea main golf maut disambar petir

Berita Harian 29 Dis 2009

PORT DICKSON: Kegembiraan seorang warga Korea Selatan bercuti untuk bermain golf di sini berakhir dengan tragedi apabila dia mati disambar petir, petang kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superintendan Adnan Mohd Ali, berkata ketika kejadian kira-kira jam 3.30 petang, Yoon Doo Jae, 69, bersama empat rakannya sedang bermain golf di padang sebuah kelab golf di sini.

Katanya, ketika kejadian hujan renyai-renyai dan mangsa tiba-tiba terjatuh selepas disambar petir menyebabkan sebahagian tubuhnya melecur.

"Mangsa mati di tempat kejadian. Rakannya yang terkejut segera menghubungi pihak kelab itu yang kemudian melaporkannya kepada polis dan membawa mangsa ke hospital," katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, keluarga mangsa dijangka tiba semalam dan proses bedah siasat akan dijalankan sebelum mayatnya dibawa pulang ke Korea Selatan.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Nasional/20091228235421/Article/index_html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan