Utusan Malaysia 7 Dis 09
PETALING JAYA 7 Dis. – Seorang pelajar sebuah kolej maut selepas dipanah petir ketika sedang bermain bola keranjang bersama empat rakannya di USJ Taipan, dekat sini petang semalam.
Mangsa, Tan Han Yim, 20, merupakan pelajar jurusan komunikasi di Subang Jaya meninggal dunia serta merta dalam kejadian pukul 5.30 petang.
Empat lagi rakannya bagaimanapun terselamat dan hanya mengalami kecederaan ringan.
Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat sebelum dituntut oleh ahli keluarganya. - Utusan
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1207&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_12.htm
Isnin, 7 Disember 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan