Gumpalan api terbang dari langit
3 Ogos 2014
PASIR PUTEH – Empat keluarga di Taman
Perumahan Kampung Surau dekat sini masing-masing kerugian berpuluh
ribu ringgit apabila keseluruhan barangan elektrik di rumah mereka
meletup dan terbakar dalam sekelip mata dalam kejadian disambar petir
di kampung itu malam kelmarin.
Seorang penduduk, Idris Ismail, 43,
berkata, dalam kejadian pada pukul 8 malam itu, beberapa penduduk di
taman perumahan itu melihat gumpalan air dari langit sebesar lori 25
tan sebelum menyambar sebatang pokok kelapa berhampiran rumah mereka.
Menurutnya, panahan petir dan api besar
‘terbang’ yang belum pernah dilihat sebelum ini, diikuti dengan
bunyi dentuman kuat seperti ledakan bom lalu menyebabkan semua
barangan elektrik di rumah penduduk berasap dan berbau hangit.
“Seramai 20 penghuni melibatkan empat
keluarga terpaksa bergelap apabila bekalan elektrik turut terputus.
Kebanyakan penduduka berada di dalam rumah kerana khuatir keselamatan
diri mereka,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian dekat sini
semalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan