FIRMAN ALLAH

Dialah yang memperlihatkan kepada kamu kilat, untuk menimbulkan ketakutan dan keinginan dan Dialah yang menyusun awan yang berat.

Dan bertasbihlah petir dengan memujiNya, dan malaikat pun lantaran takut kepadaNya, dan Dia kirimkan halilintar (kilat) dan Dialah timpakan kepada barangsiapa yang Dia kehendaki, namun mereka masih membantah tentang Allah, padahal Dia adalah sangat pedih siksaan.
(Surah Ar Ra’ad :12-13)

Isnin, 13 Mac 2017

Suami isteri maut dipanah petir

Suami isteri maut dipanah petir
13 Mac 2017


PUCHONG – Sepasang suami isteri maut selepas dipercayai disambar petir ketika berjoging di sebuah taman permainan di Jalan Kenari 10, Puchong Jaya di sini semalam.

Mangsa, Yee Boon Koo, 59, dan isterinya, Ooi Lee Chen, 57, ditemui dalam keadaan tertiarap di laluan pejalan kaki oleh seorang lelaki kira-kira pukul 6 petang.

Pemangku Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Lee Wai Leong berkata, ketika ditemui, kedua-dua mangsa dalam keadaan terbaring dengan salah seorang daripada mereka mempunyai pendarahan pada kepala.

“Orang awam yang menemui kedua-dua mangsa kemudian menghubungi pihak ambulans.

“Kedua-dua mangsa yang merupakan pesara swasta bagaimanapun disahkan telah meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan Pusat Perubatan Universiti Malaya yang tiba tidak lama kemudian,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan