FIRMAN ALLAH

Dialah yang memperlihatkan kepada kamu kilat, untuk menimbulkan ketakutan dan keinginan dan Dialah yang menyusun awan yang berat.

Dan bertasbihlah petir dengan memujiNya, dan malaikat pun lantaran takut kepadaNya, dan Dia kirimkan halilintar (kilat) dan Dialah timpakan kepada barangsiapa yang Dia kehendaki, namun mereka masih membantah tentang Allah, padahal Dia adalah sangat pedih siksaan.
(Surah Ar Ra’ad :12-13)

Rabu, 15 Mac 2017

Weatherman: Be careful when outdoors ‘Lightning can strike anytime’



Weatherman: Be careful when outdoors ‘Lightning can strike anytime’
15 March 2017


PETALING JAYA: Check weather conditions before embarking on outdoor activities because lightning can strike anytime throughout the year, the Malaysian Meteorological Department (MetMalaysia) advises.

Most lightning deaths and injuries occur when people are caught outdoors, added the department.

Thunderstorms are most likely to happen during inter-monsoon seasons, between April and May, and October to November.

Over land, thunderstorms usually develop in the afternoon and evening. Over sea, they usually strike at night, MetMalaysia said on its website.

Malaysia has one of the highest number of lightning strikes in the world.

It gets more than one million strikes a year, said Universiti Putra Malaysia’s Centre for Electro­magnetic and Lightning Protection Research (CELP) director Prof Dr Mohd Zainal Abidin Ab Kadir.

“The first principle is to take precaution by looking at the weather forecast before going for outdoor activities. And in the park, when the thunder roars, people should go indoors.

“If you see a flash, you can estimate how far the lightning is based on the time lapse between the flash and the sound of thunder and divide it by three.

“This will give a rough estimation of the distance of the lightning in kilometres,” said Dr Mohd Zainal Abidin who is also UPM’s Faculty of Engineering deputy dean (research and innovation).

He said data from the CELP showed that lightning killed 112 people and injured 156 people in Malaysia from 2008 up to Tuesday.

On Sunday, a couple, believed to have been struck by lightning, were found dead in a park at Jalan Kenari 10, Bandar Puchong Jaya.

The man identified as Yee Boon Koo, 59, and the woman Ooi Lee Chen, 57, were found lying on the ground, with the man bleeding from the head.

Jumlah mangsa panahan petir tinggi

Jumlah mangsa panahan petir tinggi
29 Ogos 2015

Kuala Lumpur: Bilangan mangsa panahan petir di negara ini boleh dikatakan agak tinggi dengan jumlah 230 orang dalam tempoh tujuh tahun lalu berbanding negara lain.

Pengarah Kajian Pusat Kecemerlangan Perlindungan Kilat (CELP) Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Madya Dr Mohd Zainal Abidin Ab Kadir berkata, penemuan itu adalah berdasarkan kajian yang dilakukannya sejak 2008 sehingga dua minggu lalu dan ia dibentangkan menerusi satu mesyuarat khas Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) mengenai petir di Zambia, baru-baru ini.

Katanya, jumlah mangsa terbabit sama ada maut atau mengalami kecederaan adalah disebabkan keadaan di Malaysia lebih banyak terdedah kepada panahan petir.

“Kajian yang dibentangkan itu melihat terdapat 230 mangsa petir dalam tempoh tujuh tahun dan sudah tentu ia dianggap tinggi. Apa yang dapat dilihat juga, berdasarkan kes yang dilaporkan berlaku di negara ini juga terdapat beberapa insiden membabitkan lebih daripada seorang.

“Ia sekali gus menyumbang kepada peningkatan bilangan mangsa akibat panahan petir. Jika kita ambil contoh di Amerika Syarikat (AS), nisbah kematian mangsa akibat panahan petir ialah 0.6 per satu juta penduduk,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.


Isnin, 13 Mac 2017

Suami isteri maut dipanah petir

Suami isteri maut dipanah petir
13 Mac 2017


PUCHONG – Sepasang suami isteri maut selepas dipercayai disambar petir ketika berjoging di sebuah taman permainan di Jalan Kenari 10, Puchong Jaya di sini semalam.

Mangsa, Yee Boon Koo, 59, dan isterinya, Ooi Lee Chen, 57, ditemui dalam keadaan tertiarap di laluan pejalan kaki oleh seorang lelaki kira-kira pukul 6 petang.

Pemangku Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Lee Wai Leong berkata, ketika ditemui, kedua-dua mangsa dalam keadaan terbaring dengan salah seorang daripada mereka mempunyai pendarahan pada kepala.

“Orang awam yang menemui kedua-dua mangsa kemudian menghubungi pihak ambulans.

“Kedua-dua mangsa yang merupakan pesara swasta bagaimanapun disahkan telah meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan Pusat Perubatan Universiti Malaya yang tiba tidak lama kemudian,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.


Jumaat, 3 Mac 2017

Nelayan maut disambar petir

Nelayan maut disambar petir
3 Mac 2017


KUALA SEPETANG - Seorang nelayan ditemui maut dipercayai disambar petir ketika mencari kerang di laut, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa, Lee Chye Soon, 45, ditemui rakannya dalam keadaan sudah tidak sedarkan diri dalam bot.

Mangsa dikatakan masih berada di laut untuk mencari kerang walaupun ketika itu keadaan hujan lebat.

Abang mangsa, Lee Chye Chong, 60-an berkata, kebiasaannya pada waktu berkenaan mangsa sudah hendak pulang ke rumah.

“Bagaimanapun, kami sekeluarga juga tidak menduga kejadian ini boleh berlaku,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Chye Chong berkata, ketika kejadian, kawan Chye Soon yang kebetulan berada tidak jauh melihat botnya tiba-tiba berpusing.

"Kawan Chye Soon segera ke bot dan bila sampai, Chye Soon sudah tidak sedarkan diri. Kawannya terus bawa pulang ke Kuala Sepetang.

"Chye Soon disahkan meninggal dunia ketika berada di atas bot,” katanya.

Katanya, mayat adiknya itu kemudiannya diserahkan kepada pihak polis dan dibawa ke Unit Forensik Hospital Taiping untuk bedah siasat.

Mendiang Chye Soon meninggalkan seorang isteri dan tiga anak berusia 16, 14 dan 10 tahun.

Sementara itu, Adun Kuala Sepetang, Chua Yee Ling turut berkesempatan menziarahi keluarga mangsa.

Menurutnya, beliau akan membuat tindakan susulan dengan pihak Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) berhubung kes tersebut.

“Setiap nelayan mempunyai perlindungan insurans dan jika disahkan mangsa meninggal dunia semasa bekerja, tuntutan boleh dibuat.

“Ia penting bagi membantu keluarga ini kerana mangsa adalah tunggak keluarga di mana isterinya tidak bekerja dan ketiga-tiga anak masih bersekolah,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Harrith Kam Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

“Kematian mangsa diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan tidak ada sebarang unsur jenayah,” katanya.