Ajal dipanah petir
Kampar : Murid tahun enam maut selepas rebah dipercayai
dipanah petir ketika bermain bola sepak di padang berhampiran rumahnya di Taman
Cahaya, di sini, petang tadi.
Dalam kejadian 5.30 petang itu, Muhammad Udin Dulkafi serta
empat rakannya bermain bola di padang berkenaan sebelum hujan.
Ketua Polis Daerah Superintendan Ng Kong Soon berkata,
mangsa tiba-tiba rebah ketika bunyi dentuman kilat selepas hujan.
Katanya, mangsa dibawa ke Hospital Kampar sebelum disahkan
meninggal dunia oleh pihak hospital.
"Hasil bedah siasat yang dilakukan pada jam 9 malam
tadi mendapati punca kematian disebabkan kejutan elektrik akibat panahan
kilat," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 Mac 2016 @ 10:58 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan