FIRMAN ALLAH

Dialah yang memperlihatkan kepada kamu kilat, untuk menimbulkan ketakutan dan keinginan dan Dialah yang menyusun awan yang berat.

Dan bertasbihlah petir dengan memujiNya, dan malaikat pun lantaran takut kepadaNya, dan Dia kirimkan halilintar (kilat) dan Dialah timpakan kepada barangsiapa yang Dia kehendaki, namun mereka masih membantah tentang Allah, padahal Dia adalah sangat pedih siksaan.
(Surah Ar Ra’ad :12-13)

Khamis, 27 Ogos 2015

Bapa maut dipanah petir



Bapa maut dipanah petir
27 Ogos 2015 


Kulim: Bapa kepada empat anak lelaki maut terkena panahan petir ketika menunggang motosikal seorang diri dalam kejadian di Ladang Sungai Dingin, Mahang, dekat sini, semalam.

Kejadian berlaku kira-kira 5 petang ketika mangsa, Nasri Osman, 45, berasal dari Kampung Ulu Mahang dalam perjalanan pulang selepas membatalkan hasrat untuk menjala ikan di sungai berhampiran berikutan keadaan cuaca tidak mengizinkan.

Rakan mangsa, Hussin Hamid, 47, berkata, sebelum kejadian dia bersama mangsa dan anak lelakinya berusia 14 tahun serta empat saudara arwah yang lain bercadang untuk memancing ikan di kolam.

Bagaimanapun, katanya, selepas lebih sejam belum mendapat hasil tangkapan dan keadaan cuaca semakin gelap menyebabkan dia mengajak mereka pulang.

"Kami semua mengemas peralatan lalu menaiki motosikal masing-masing untuk pulang, namun apabila sampai di satu simpang di dalam ladang terbabit, saya terus pulang mengikut laluan lain tetapi arwah mahu pergi ke sebatang sungai bagi menjala ikan pula.

"Namun, saya terkejut menerima panggilan kira-kira 7 malam ketika sedang berehat di rumah memaklumkan arwah sudah meninggal dunia dipercayai akibat terkena panahan petir lalu bergegas ke Hospital Kulim," katanya ketika ditemui di Bilik Forensik hospital berkenaan, malam tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Abdullah Arshad berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa yang menunggang motosikal bersendirian bersama anak lelakinya dan saudara-maranya dalam perjalanan pulang dari menjala ikan di sungai di Ladang Sungai Dingin, Mahang.

Katanya, ketika dalam perjalanan pulang mangsa terjatuh dari motosikalnya selepas dipercayai terkena petir ketika hujan lebat.

"Mayat mangsa kemudian dihantar ke Bilik Forensik Hospital Kulim untuk bedah siasat sebelum dituntut oleh ahli keluarga bagi uurusan pengkebumian. Kes ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan