Maut dipanah petir di sekolah
Johor Bahru: Seorang pengawal keselamatan sebuah sekolah
maut dipanah petir ketika berada di pagar pintu masuk sekolah di Pasir Gudang
itu, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.15 petang itu, mangsa yang
berusia 57 tahun difahamkan maut di tempat kejadian sejurus terkena panahan
petir yang tepat pada tubuhnya ketika cuaca mendung dan kilat sabung-menyabung.
Menurut sumber, mangsa yang berasal dari Sabah itu sedang
membuka pintu pagar sekolah bagi memberi laluan kepada kereta seorang guru yang
ingin pulang selepas tamat sesi persekolahan.
Bagaimanapun, katanya mangsa tiba-tiba rebah sebelum
didapati meninggal dunia dipercayai akibat terkena panahan petir.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seri Alam Deputi
Superintendan Norazam Shaari yang mengesahkan kejadian itu berkata, kes
diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Menurutnya, mayat lelaki itu kemudian dihantar ke Hospital
Sultan Ismail di sini untuk tindakan lanjut.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 November 2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan