“
Akibat panahan petir itu, kedua-dua mereka terpelanting ke tanah dan 15 saat
kemudian Madin mendapati mangsa masih dalam keadaan terlentang dan tidak
bergerak” Mohd Nor Rasid, Ketua Polis Daerah
20
Ogos 2013
Kota
Tinggi: Seorang anggota tentera maut dipanah petir ketika sedang bertugas di
Pos Tentera Sungai Seh, Tanjung Sedili, dekat sini, kelmarin.
Dalam
kejadian jam 3.25 petang itu, Lans Koperal Ku Amirul Ku Rahim, 30, sedang
bertugas bersama pegawainya, Kapten Madin Marcus, 40, apabila secara tiba-tiba
dipanah petir sehingga menyebabkan kedua-dua terpelanting ke tanah.
Kejadian
itu menyebabkan Madin pitam beberapa ketika sebelum mendapati Ku Amirul tidak
sedarkan diri sebelum membawanya mendapat rawatan awal di Klinik Kesihatan
Tanjung Sedili.
Ketua
Polis Daerah, Superintendan Mohd Nor Rasid, berkata kejadian berlaku ketika
hanya mangsa dan pegawainya berada di tepi pantai berhadapan pos tentera berkenaan
bagi menjalankan tugas kawalan keselamatan.
“Akibat
panahan petir itu, kedua-dua mereka terpelanting ke tanah dan 15 saat kemudian
Madin mendapati mangsa masih dalam keadaan terlentang dan tidak bergerak.
“Madin
dan anggota lain kemudian mengejarkan mangsa ke Klinik Kesihatan Tanjung Sedili
tetapi mangsa disahkan sudah meninggal dunia," katanya ketika dihubungi,
di sini semalam.
Mohd
Nor berkata, siasatan awal mendapati kematian mangsa diklafikasikan sebagai
kematian mengejut.
Anggota
tentera maut disambar petir
20
Ogos 2013
JOHOR
BAHRU - Seorang anggota tentera maut manakala seorang pegawainya terselamat
akibat disambar petir ketika berkawal di Pos Tentera Tuan Seh, Tanjung Sedeli
di Kota Tinggi semalam.
Dalam
kejadian pukul 3.25 petang itu, Lans Koperal Ku Amirul Ku Rahim, 30, dari
Markas Tentera Darat cawangan Sumber Manusia Kementerian Pertahanan, meninggal
dunia di tempat kejadian manakala pegawainya, Kapten Madin Marcus, 40, hanya
pengsan.
Ketua
Polis Daerah, Supritendan Mohd. Nor Rasid berkata, ketika kejadian kedua-dua
mangsa sedang menjalankan rutin mereka berkawal di tepi pantai berhampiran Pos
Tentera Tuan Seh sebelum berlaku dentuman petir yang kuat.
"Ketika
kejadian tiada hujan namun akibat dentuman itu kedua-dua mereka rebah ke tanah
namun Madin tersedar 15 saat kemudian dan mendapati Ku Amirul masih terlentang
tidak sedarkan diri.
"Pada
pukul 3.40 petang, Madin bersama beberapa anggota lain membawa mangsa ke Klinik
Kesihatan Tanjung Sedeli untuk rawatan namun dia disahkan telah meninggal
dunia," katanya kepada pemberita hari ini.