FIRMAN ALLAH

Dialah yang memperlihatkan kepada kamu kilat, untuk menimbulkan ketakutan dan keinginan dan Dialah yang menyusun awan yang berat.

Dan bertasbihlah petir dengan memujiNya, dan malaikat pun lantaran takut kepadaNya, dan Dia kirimkan halilintar (kilat) dan Dialah timpakan kepada barangsiapa yang Dia kehendaki, namun mereka masih membantah tentang Allah, padahal Dia adalah sangat pedih siksaan.
(Surah Ar Ra’ad :12-13)

Rabu, 9 Februari 2011

Pekerja ladang maut dipanah petir

Harian Metro 9 Feb 2011

TAWAU: Seorang pekerja ladang Felda Kalabakan Utara 1 di sini maut sementara seorang rakannya cedera parah akibat dipanah petir semasa hujan di sini Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah ACP Ibrahim Chin berkata hari ini yang maut dikenalpasti sebagai Alin Mohamad, 40, sementara rakannya itu dikenali sebagai Harun Kasmuri, 41. Kedua-duanya warga Indonesia.

Mangsa ditemui oleh rakan mereka pada kira-kira 6.30 ptg.

Harun dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Tawau.

Polis percaya kedua-dua mangsa sedang berlindung di dalam pondok berbumbung zink selepas selesai bekerja bila mereka dipanah petir.

Mayat Alin dijumpai tertiarap di dalam pondok itu sementara mayat Harun di
luar pondok. – Bernama

http://www.hmetro.com.my/articles/Pekerjaladangmautdipanahpetir/Article

http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=562250

1 ulasan:

  1. Memang kawasan di kalabakan utara selalu ada kes tidak baik,seperti kes bunuh dan bergaduh.mungkin tuhan menguji umatnya agar bartaubat selalu n ingat pada allah.Sebelum ini pun sudah ada kes bunuh paling kurang 3 kes.memang kawasan di kalabakan kawasan ngeri bagi saya,sebab sya pernah tinggal di sana...macam2 kes ada..banjir n iccident pun ada..

    BalasPadam