Sepang: Bumbung resort terbakar selepas disambar petir di
pantai Bagan Lalang di sini, 7.25 pagi tadi.
Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Sepang berkata,
kejadian itu menyebabkan kerosakan kira-kira 10 peratus namun tiada mangsa yang
cedera.
"Pasukan bomba bergegas ke lokasi kejadian selepas
menerima panggilan kecemasan jam 7.29 pagi serta tiba di lokasi kira-kira
seminit kemudian.
"Api yang marak berjaya dipadamkan dan pada masa ini,
pihak resort berkenaan sedang menyiasat jumlah kerugian yang dialami,"
katanya ketika dihubungi, hari ini.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 Oktober 2016 @ 12:19
PM