Pesawat Noriah disambar petir
Kosmo 9 Mei 2016
SRI AMAN – Seorang penduduk di rumah panjang Kampung Seduku
dekat sini mendakwa, dia ternampak sebuah daripada empat buah helikopter yang terbang
melalui perkampunganya terkena panahan petir ketika hujan lebat pada 5 Mei
lalu.
Mengimbau detik cemas pukul 4 petang itu, Mona Lipek, 40,
berkata, ketika itu dia berehat di beranda rumahnya sebelum ternampak empat
buah helikopter terbang menuju ke zon Sebuyau.
“Kampung ketika itu dilanda hujan lebat, ribut, petir dan
guruh.
“Ketika duduk, saya mulanya ternampak empat buah helikopter
yang terbang seperti berkonvoi.
“Sedang saya mendongak ke langit, secara tibatiba helikopter
keempat terkena panahan petir menyebabkan pesawat tersebut menjadi tidak
stabil,” ceritanya ketika ditemui di sini semalam.
Mona memberitahu, dia yang cemas dan takut menyaksikan
kejadian tersebut terus masuk ke dalam rumah tanpa mengetahui bagaimana
keadaaan pesawat tersebut.
Seorang lagi penduduk di kampung sama, Gelang Kadir, 39,
pula mendakwa, semasa sedang memasak pukul 4.30 petang, dia menjadi panik
apabila rumah dan pokokpokok di sekitarnya bergoyang.
“Saya yang melihat dari tingkap, nampak sebuah helikopter
terbang amat rendah seperti mahu melakukan pendaratan cemas,” ujarnya.
Sejurus selepas itu, kata Gelang, dia terdengar bunyi
seolaholah letupan namun tidak dapat memastikan sama ada letupan itu berpunca
daripada helikopter atau disebabkan petir.
Seorang nelayan, Arif Johari, 40, dari Kampung Lingga pula
memberitahu, kawannya yang sedang bertukang mendakwa ternampak sebuah
helikopter terbang rendah menuju ke arah Sebuyau sebelum pesawat itu hilang
dari pandangan.
Suut Ujang, 72, dari kampung sama pula menceritakan ketika
kejadian, kampungnya hujan renyairenyai dan sesekali kedengaran petir.
“Saya ada terdengar enjin helikopter yang sangat kuat
sebelun ternampak pesawat itu terbang rendah menghala ke arah Sebuyau,”
katanya.
Khamis lalu, helikopter jenis Eurocopter AS350 membawa lima
penumpang dan seorang juruterbang yang dilaporkan hilang di Sebuyau dekat sini
disahkan terhempas di Batang Lupar. Lima mangsa yang ditemui terbunuh ialah
Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon, suami
Noriah, Tuan Asmuni Abdullah.
Turut terkorban Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan
Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan
Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Sundaran Annamalai dan pengawal peribadi,
Ahmad Sobri Harun.
Bagaimanapun, sehingga semalam, juruterbang Kapten Rudolf
Rex Ragas belum ditemui.