Jasin: Seorang nelayan maut disambar petir dalam kejadian
kira-kira dua batu nautika dari Jeti Kuala Merlimau, di sini, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam, mangsa Hashim
Bakar, 54, dikatakan sedang menarik jaring ikan.
Seorang rakan yang ada bersama mangsa di dalam perahu
berkenaan tidak mengalami kecederaan dan berjaya membawa mangsa ke jeti.
Isteri mangsa, Nuli Sawi, 48, berkata, suaminya keluar rumah
pada jam 5 petang bersama seorang rakan untuk menangkap ikan sebelum kejadian
berlaku.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 31 Oktober 2014 @ 12:33
PM