Jumlah mangsa panahan petir tinggi
29 Ogos 2015
Kuala Lumpur: Bilangan mangsa panahan petir di negara ini
boleh dikatakan agak tinggi dengan jumlah 230 orang dalam tempoh tujuh tahun
lalu berbanding negara lain.
Pengarah Kajian Pusat Kecemerlangan Perlindungan Kilat
(CELP) Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Madya Dr Mohd Zainal Abidin Ab
Kadir berkata, penemuan itu adalah berdasarkan kajian yang dilakukannya sejak
2008 sehingga dua minggu lalu dan ia dibentangkan menerusi satu mesyuarat khas
Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) mengenai petir di Zambia, baru-baru
ini.
Katanya, jumlah mangsa terbabit sama ada maut atau mengalami
kecederaan adalah disebabkan keadaan di Malaysia lebih banyak terdedah kepada
panahan petir.
“Kajian yang dibentangkan itu melihat terdapat 230 mangsa
petir dalam tempoh tujuh tahun dan sudah tentu ia dianggap tinggi. Apa yang
dapat dilihat juga, berdasarkan kes yang dilaporkan berlaku di negara ini juga
terdapat beberapa insiden membabitkan lebih daripada seorang.
“Ia sekali gus menyumbang kepada peningkatan bilangan mangsa
akibat panahan petir. Jika kita ambil contoh di Amerika Syarikat (AS), nisbah
kematian mangsa akibat panahan petir ialah 0.6 per satu juta penduduk,” katanya
ketika dihubungi Harian Metro, semalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan