FIRMAN ALLAH

Dialah yang memperlihatkan kepada kamu kilat, untuk menimbulkan ketakutan dan keinginan dan Dialah yang menyusun awan yang berat.

Dan bertasbihlah petir dengan memujiNya, dan malaikat pun lantaran takut kepadaNya, dan Dia kirimkan halilintar (kilat) dan Dialah timpakan kepada barangsiapa yang Dia kehendaki, namun mereka masih membantah tentang Allah, padahal Dia adalah sangat pedih siksaan.
(Surah Ar Ra’ad :12-13)

Ahad, 11 Mac 2012

Nyaris maut kena petir

Nyaris maut kena petir

11 Mac 2012

CHANGLUN: Seorang penoreh getah bernasib baik apabila tidak cedera apabila tikar getah dalam biliknya terkena panahan petir dalam kejadian ribut di Kampung Masjid, dekat sini.

Kejadian berlaku jam 7.30 malam Rabu lalu ketika warga emas, Ismail Had, 63, mengambil wuduk dalam bilik air apabila rumahnya tiba-tiba bergelap selepas bunyi dentuman guruh.

Ismail berkata, dia bersama isterinya, Rafeah Alang, 58, yang mahu mendirikan solat Maghrib terkejut tetapi tidak memikirkan apa-apa kejadian buruk selepas mendengar bunyi guruh.

Menurutnya, anaknya yang tidur terjaga kerana terkejut mendengar guruh kuat, manakala dua cucunya yang makan di dapur terus menekup muka ketakutan sejurus bekalan elektrik dalam rumah terputus.

“Bagaimanapun, saya hanya menyedari ada kesan terbakar pada tikar getah ini keesokan hari (Khamis) memandangkan pada hari kejadian, rumah saya tidak mendapat sumber elektrik kerana bekalan terputus.

“Rumah ini nyaris terbakar apabila petir menyambar bahagian bilik hingga menyebabkan rekahan dan tikar getah juga terbakar,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Nyarismautkenapetir/Article/artikelMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan