FIRMAN ALLAH

Dialah yang memperlihatkan kepada kamu kilat, untuk menimbulkan ketakutan dan keinginan dan Dialah yang menyusun awan yang berat.

Dan bertasbihlah petir dengan memujiNya, dan malaikat pun lantaran takut kepadaNya, dan Dia kirimkan halilintar (kilat) dan Dialah timpakan kepada barangsiapa yang Dia kehendaki, namun mereka masih membantah tentang Allah, padahal Dia adalah sangat pedih siksaan.
(Surah Ar Ra’ad :12-13)

Rabu, 24 Ogos 2011

Waspada potensi dipanah petir

KUALA LUMPUR 23 Ogos 2011 - Kemalangan akibat disambar petir yang kerap berlaku sejak kebelakangan ini dikenal pasti berpunca daripada kedudukan negara ini yang berhampiran garisan khatulistiwa.

Ketua Kluster Sumber Asli dan Alam Sekitar Majlis Profesor Negara, Prof. Datuk Dr. Ibrahim Komoo berkata, meskipun tidak ada saintis pernah mengkaji fenomena petir di negara ini namun ia dilihat secara kasar sebagai sesuatu yang tinggi risikonya.

"Di kawasan tropika seperti negara kita, keadaan flora seperti pokok bakau telah menggalakkan berlakunya petir dan guruh.

"Tempias keadaan tersebut juga dialami kawasan industrial seperti Lembah Klang dan Shah Alam yang menyaksikan beberapa kematian kerana dipanah petir," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Enam warga Indonesia maut manakala lima lagi parah dipanah petir dalam dua kejadian berasingan di tapak pembinaan projek perumahan elit berhampiran Jalan Rektor, Persiaran Kerjaya, Glenmarie di sini dan kebun sayur di Sungai Choh, Rawang, Selangor, semalam.

Dalam kejadian yang berlaku di Glenmarie ketika hujan lebat pada pukul 2.40 petang semalam, tiga pekerja binaan maut dan tiga lagi parah

Dua hari sebelum itu, seorang remaja perempuan juga maut akibat dipanah petir dipercayai ketika menggunakan telefon bimbit milik ibunya di sebuah bangsal berhampiran rumahnya di Kampung Belimbing, Tanah Merah, Kelantan.

Ibrahim berkata, kejadian tersebut menunjukkan bahawa keadaan cuaca sejak kebelakangan ini semakin merisaukan dan orang ramai perlu sentiasa berwaspada terhadap potensi bencana alam yang lebih teruk akan berlaku.

"Saya harap orang ramai tidak memandang ringan kejadian seperti itu meskipun kebarangkalian untuk dipanah petir adalah rendah namun ia masih boleh berlaku dan mengancam keselamatan kita," ujarnya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0824&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_15.htm

Tiada ulasan:

Catat Ulasan