FIRMAN ALLAH

Dialah yang memperlihatkan kepada kamu kilat, untuk menimbulkan ketakutan dan keinginan dan Dialah yang menyusun awan yang berat.

Dan bertasbihlah petir dengan memujiNya, dan malaikat pun lantaran takut kepadaNya, dan Dia kirimkan halilintar (kilat) dan Dialah timpakan kepada barangsiapa yang Dia kehendaki, namun mereka masih membantah tentang Allah, padahal Dia adalah sangat pedih siksaan.
(Surah Ar Ra’ad :12-13)

Jumaat, 11 November 2016

Pekerja bagasi disambar petir



Pekerja bagasi disambar petir
10 November 2016

Subang: Seorang pekerja pengangkat bagasi syarikat penerbangan Malindo Air cedera apabila troli bagasi dibawanya disambar petir di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di sini, hari ini.

Difahamkan kejadian berlaku ketika hujan lebat berserta ribut di kawasan lapangan terbang itu kira-kira jam 3 petang. Mangsa sedang mengendalikan bagasi apabila troli berhampirannya disambar petir menyebabkan dia terkena renjatan.

Pekerja itu dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malindo Air, Chandran Rama Muthy menerusi kenyataan yang mengesahkan kejadian itu berkata, pekerja berkenaan masih dirawat dan keadaannya stabil.

Peniaga maut disambar petir



Peniaga maut disambar petir

GUA MUSANG 10 Nov. 2016 - Seorang peniaga menemui ajal selepas dipercayai disambar petir ketika mengupas kulit buah kelubi di sebuah bangsal hadapan rumahnya di Kampung Tanah Puteh, di sini, petang semalam.

Mangsa, Mohd. Shamsudin Muda, 52, yang bersendirian ketika kejadian cede­ra parah di bahagian perut, dada serta paha itu ditemukan dalam keadaan terbaring oleh anak perempuannya kira-kira pukul 7 petang.

Malah kejadian itu turut mengakibatkan seekor beruk jantan peliharaan peniaga terbabit yang diikat di bawah pokok tepi bangsal berkenaan mati akibat disambar petir.

Difahamkan, sebelum kejadian, salah seorang anak lelaki mangsa, Mohd. Naim Syakir, 16, turut menemaninya di dalam bangsal namun disuruh masuk ke dalam rumah kerana hujan lebat.

Isteri mangsa, Norazila Mohamed Nor, 38, berkata, anak perempuannya, Nor Syazwani, 10, menemukan suami­nya dalam keadaan terbaring dan me­nyangka mangsa sedang tidur.

“Anak saya beritahu, dia puas kejut, tetapi abah tidak bangun-bangun lalu menghubungi abangnya, Mohd. Najmi Syahir, 18, yang ketika itu bekerja di bandar Gua Musang.

“Mohd. Najmi pulang dan menyedari abahnya sudah tiada dan terus bergegas ke warung makan tempat saya bekerja pula. Dia peluk dan beritahu saya, abah sudah meninggal dunia,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurut Norazila, dia dan lapan anaknya reda dengan kejadian itu namun sedih kerana bukan sahaja kehilang­an ketua keluarga malah hilang tempat bergantung.

“Kami orang susah dan sentiasa beker­ja keras untuk menyara lima anak yang masih bersekolah,” ujarnya yang turut mempunyai sepasang anak kembar pe­rempuan berumur dua tahun serta seorang anak orang kurang upaya (OKU).

Sementara itu, Ketua Polis daerah, Superintenden Rajab Ahad Ismail berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga.

Jenazah Mohd. Shamsudin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Tanah Puteh, hari ini.


Khamis, 10 November 2016

Dipanah petir




Dipanah petir
10 November 2016

Gua Musang: Seorang lelaki maut selepas dipanah petir ketika mengupas kulit buah kelubi di bangsal depan rumahnya di Kampung Tanah Puteh, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian pada 7 malam itu, Mohd Syamsudin Muda, 52, seorang diri di bangsal terbabit dan parah di bahagian perut dan paha.

 Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Rajab Ahad Ismail berkata,  isteri dan lapan anaknya berada di dalam rumah terletak 20 meter dari bangsal itu.

"Mangsa ditemui anak perempuannya berusia 10 tahun di bangsal itu yang menyangka mangsa sedang tidur selepas melihatnya terbaring bersama gumpalan selimut.

"Dia kemudian memanggil ibunya untuk membantu mengejutkan mangsa yang tidak sedar diri sebelum mereka meminta bantuan jiran selepas mangsa langsung tidak bergerak," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mangsa disahkan meninggal dunia dan mayatnya dibawa ke Hospital Gua Musang, di sini untuk dibedah siasat dan dijangka dikebumikan pagi ini.

Turut mati dalam kejadian itu, beruk milik mangsa yang ditambat di tepi bangsal.

Rabu, 19 Oktober 2016

Bumbung terbakar disambar petir




Sepang: Bumbung resort terbakar selepas disambar petir di pantai Bagan Lalang di sini, 7.25 pagi tadi.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Sepang berkata, kejadian itu menyebabkan kerosakan kira-kira 10 peratus namun tiada mangsa yang cedera.

"Pasukan bomba bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan jam 7.29 pagi serta tiba di lokasi kira-kira seminit kemudian.

"Api yang marak berjaya dipadamkan dan pada masa ini, pihak resort berkenaan sedang menyiasat jumlah kerugian yang dialami," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 Oktober 2016 @ 12:19 PM

Isnin, 11 Julai 2016

Lightning knocks out water supply to 500,000 folk



Monday, 11 July 2016
Lightning knocks out water supply to 500,000 folk

KUALA TERENGGANU: The main switch at a water treatment plant in Air Kepong was damaged after being hit by lightning, affecting supply to more than half a million people.

The consumers in Kuala Terengganu, Kuala Nerus and Marang were without water from Saturday night.

Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd chief executive officer Atemin Sulong said 80% were residents here and in Kuala Nerus while the rest were in Marang.

He said repairs would have been completed by today and that the concessionaire would be sending water tankers to assist consumers meanwhile.

Consumers can call the Satu careline, 1-300 882 111, for help. – Bernama