FIRMAN ALLAH

Dialah yang memperlihatkan kepada kamu kilat, untuk menimbulkan ketakutan dan keinginan dan Dialah yang menyusun awan yang berat.

Dan bertasbihlah petir dengan memujiNya, dan malaikat pun lantaran takut kepadaNya, dan Dia kirimkan halilintar (kilat) dan Dialah timpakan kepada barangsiapa yang Dia kehendaki, namun mereka masih membantah tentang Allah, padahal Dia adalah sangat pedih siksaan.
(Surah Ar Ra’ad :12-13)

Jumaat, 15 Disember 2017

Maut dipanah petir

Maut dipanah petir
14 DISEMBER 2017

TAMPIN – Seorang lelaki warganegara Indonesia disahkan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di Zon Merah Hospital Tampin susulan dipanah petir dalam kejadian di sekitar Pulau Sebang, Alor Gajah, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan A Asmadi Abd Aziz berkata, kira-kira jam 5.05 petang, anggota di Balai Polis Simpang Ampat, Alor Gajah, menerima panggilan daripada kakitangan Hospital Tampin yang menyatakan menerima seorang pesakit yang dipanah petir.

Menurutnya, mangsa bernama Musliadi, 29, beralamat di Taman Perkota, Melaka, bagaimanapun telah disahkan meninggal dunia di zon merah Hospital Tampin.

“Buat masa ini lokasi tepat kejadian serta fakta sebenar kes mangsa dipanah petir berkenaan masih belum diketahui.

“Mangsa di hantar ke hospital oleh orang awam dan kita kini masih mengesan lokasi tepat dan saksi berhubung insiden ini,” katanya kepada Sinar Harian dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, mana-mana individu yang mempunyai maklumat berhubung insiden berkenaan boleh tampil ke mana-mana balai polis terdekat bagi membantu siasatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan