Pekerja warga asing maut disambar petir
26 April 2017
Seorang pekerja wanita warga Indonesia maut disambar petir
ketika menyelenggara landskap di bawah Menara Kawalan Trafik Udara, Jabatan
Penerbangan Awam (DCA), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
tengah hari semalam.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali
ketika dihubungi berkata, dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu,
mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.
Beliau berkata, mayat mangsa ditemukan rakan sekerjanya
sebelum memaklumkan kejadian itu kepada majikan.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah
siasat, kata Abdul Aziz.
- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan