Maut dipanah petir
14 DISEMBER 2017
TAMPIN – Seorang lelaki warganegara Indonesia disahkan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di Zon Merah Hospital Tampin susulan dipanah petir dalam kejadian di sekitar Pulau Sebang, Alor Gajah, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan A Asmadi Abd Aziz berkata, kira-kira jam 5.05 petang, anggota di Balai Polis Simpang Ampat, Alor Gajah, menerima panggilan daripada kakitangan Hospital Tampin yang menyatakan menerima seorang pesakit yang dipanah petir.
Menurutnya, mangsa bernama Musliadi, 29, beralamat di Taman Perkota, Melaka, bagaimanapun telah disahkan meninggal dunia di zon merah Hospital Tampin.
“Buat masa ini lokasi tepat kejadian serta fakta sebenar kes mangsa dipanah petir berkenaan masih belum diketahui.
“Mangsa di hantar ke hospital oleh orang awam dan kita kini masih mengesan lokasi tepat dan saksi berhubung insiden ini,” katanya kepada Sinar Harian dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
Sehubungan itu, mana-mana individu yang mempunyai maklumat berhubung insiden berkenaan boleh tampil ke mana-mana balai polis terdekat bagi membantu siasatan.
Jumaat, 15 Disember 2017
Jumaat, 29 September 2017
Surau musnah terbakar dipercayai dipanah petir
Surau musnah terbakar dipercayai dipanah petir
28 September 2017
REMBAU – Dalam jarak kira-kira empat kilometer dari lokasi
kebakaran bangunan asrama perempuan Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) di
Kampung Nerasau, sebuah surau lama berusia lebih 80 tahun di Kampung Relong
musnah terbakar, petang tadi.
Sinar Harian difahamkan, surau lama berkenaan terbakar
apabila sistem pendawaian yang terletak di luar surau dipanah petir.
Dalam kejadian berkenaan, sepasukan anggota bomba dari Balai
Bomba dan Penyelamat Rembau diketuai Ketua Pegawai Bomba Kanan II, Balai Bomba
dan Penyelamat Rembau, Dzor Yusof bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima
panggilan pada jam 4.40 petang.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Penolong
Penguasa Bomba Mohd Fuad Majid, pasukannya tiba di lokasi pada jam 5.08 petang
dan sebaik sampai api sudah marak.
“Surau lama berstruktur papan berukuran 40x40 kaki musnah
100 peratus. Kebakaran berjaya dikawal
dalam tempoh lima minit sebaik pasukan bomba sampai.
“Susulan kejadian ini, balai bantuan dari Balai Bomba dan
Penyelamat Tampin turut sama dikejarkan ke lokasi kejadian,” katanya.
Turut hadir ke lokasi kebakaran Adun Kota, Datuk Dr Awaludin
Said dan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Norazam Khamis yang
bergegas ke lokasi kebakaran sebaik mendapat makluman dari bangunan asrama
perempuan STIAS.
Rabu, 20 September 2017
Bumbung sekolah dipanah petir
Bumbung sekolah dipanah petir
20 September 2017
SIJANGKANG - Tindakan pantas seorang guru dan pengawal
keselamatan yang cuba memadamkan api di bahagian bumbung berjaya menyelamatkan
keseluruhan Sekolah Kebangsaan (SK) Sijangkang Jaya, di sini daripada hangus
terbakar.
Kebakaran bumbung di pusat sumber sekolah yang dipercayai
berlaku akibat dipanah petir itu cuba dipadamkan menggunakan alat pemadam api
dalam kejadian jam 3.25 petang, kelmarin.
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Hashim
Sahed berkata, kejadian pada bangunan empat tingkat itu diketahui ketika berada
di rumah selepas dimaklumkan cucunya.
“Ketika kejadian, cucu sedang bermain di padang bersebelahan
sekolah dan dia beritahu saya pasal kebakaran ini.
“Jentera bomba kemudian tiba memadamkan api sebelum merebak
dengan cepat,” katanya ketika ditemui di sekolah berkenaan di sini, semalam.
Hashim berkata, wakil Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Langat
turut hadir bagi meneliti kerosakan termasuk sebahagian di dalam kawasan bilik
pusat sumber yang turut memuatkan rak buku.
“Saya difahamkan, permohonan baik pulih akan dipanjangkan
kepada Kementerian Pendidikan tapi buat masa ini, sebarang aktiviti bersama
pelajar dilarang dijalankan di tingkat empat yang turut menempatkan bilik
tayang sehingga ia siap diperbaiki.
“Saya bersyukur, kejadian tidak melibatkan nyawa, cuma
bimbang beberapa kakitangan pejabat masih bertugas. Alhamdullillah tak ada apa-apa
berlaku,” katanya.
Sementara itu, Penyelaras Pembangunan Persekutuan Parlimen
Kuala Langat, Datuk Sulaiman Mohd Karli berkata, beliau berharap Balai Bomba
dan Penyelamat (BBP) Telok Panglima Garang dapat beroperasi sepenuhnya segera
berikutan keperluan perkhidmatan bomba di kawasan berkenaan sangat mendesak.
Khamis, 24 Ogos 2017
Dua rumah terbakar dipanah petir
Dua rumah terbakar dipanah petir
23 Ogos 2017
DUA rumah terbakar dipercayai dipanah petir dalam kejadian
di Kampung Dalam Rhu, Tumpat petang hari ini.
Dalam kejadian 5.40 petang itu, sebuah Proton Saga dan dua
motosikal turut musnah.
Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Saksi kejadian, Esah Mohd Yusof, 66, berkata, ketika
kejadian dia sedang mengajar cucunya mengaji al-Quran.
Katanya, dia dikejutkan bunyi petir sebelum melihat api
marak di rumah jirannya, Azizah Aziz, 58,
"Saya menarik cucu menyelamatkan diri. Ketika itu saya
tidak terfikir untuk menyelamatkan sebarang dokumen penting.
"Sebaik saja keluar dari rumah, saya lihat api di rumah
jiran marak sebelum orang ramai datang dan menghubungi bomba.
"Kebakaran turut mengakibatkan dinding rumah saya
hangus namun bomba sempat mengawal api daripada terus merebak," katanya
tadi.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP)
Tumpat, Wan Baijuri Wan Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan pada 5.45
petang.
Katanya, 14 anggota bomba dari BBP Tumpat dan BBP Pengkalan
Kubor dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba, kami dapati api sedang marak dan rumah
terbabit sudah 80 peratus terbakar.
“Bomba mengambil masa 10 minit untuk mengawal api daripada
merebak," katanya.
Menurutnya, punca kejadian dan nilai kerugian masih dalam
siasatan.
- Harian Metro
Isnin, 21 Ogos 2017
Lelaki maut disambar petir
Lelaki maut disambar petir
12 Ogos 2017
HULU TERENGGANU - Seorang lelaki yang mencari rezeki sebagai
pengumpul barang terpakai maut disambar petir di tempat pembuangan sampah di
Batu 22 (Jalan Ajil - Kuala Berang), di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan
Mohd Adli Mat Daud berkata, mangsa, Mat Junoh Mamat,51, daripada Batu 21, Kg
Merbau Pulas, Ajil ditemui telah meninggal dunia oleh anaknya sendiri yang
keluar mencari mangsa setelah bapanya
tidak pulang ke rumah sebagaimana waktu sepatutnya.
"Lebih kurang 7.25 petang(11Ogos11), pihak polis telah
terima panggilan telefon daripada orang awam menyatakan terjumpa mayat seorang
lelaki di tempat pembuangan sampah di Batu 22.Pemeriksaan awal polis mendapati
terdapat kesan melecur pada kulit di bahagian leher, tangan dan perut mangsa.
"Sementara itu, berdasarkan keterangan keluarga Mat
Junoh, mangsa dikatakan keluar bekerja pada jam 8 pagi semalam (kelmarin)
dan kebiasaannya akan pulang ke rumah
sekitar jam 5 petang. Namun, pada hari kejadian mangsa tidak pulang-pulang ke
rumah meskipun sudah senja.
"Anak mangsa, Sabri Mat Junoh telah keluar mencari di
kawasan pelupusan sampah berkenaan sebelum menemui ayahnya telah meninggal
dunia dalam keadaan terlentang berdekatan dengan sebuah pondok di tempat
kejadian.
"Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Hulu
Terengganu dan hasil bedah siasat dijalankan jam 10 pagi tadi(semalam) disahkan
sebab kematian adalah disambar petir.
"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Polis juga
menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dan turut peka pada keadaan
cuaca bagi elakkan sebarang perkara tidak diingini," katanya.
Lelaki maut disambar petir
Lelaki maut disambar petir
Sabtu, 24 Jun 2017
MACHANG: Seorang lelaki maut, manakala dua cedera akibat
disambar petir ketika melapah lembu di Padang Kampung Lalang Luas, Pulai Chondong,
di sini, petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang tadi, mangsa, Hilmi
Hassan, 32, bersama enam rakannya disambar petir ketika melapah seekor lembu
untuk persiapan menyambut Aidilfitri.
Empat lagi berusia antara 37 tahun dan 55 tahun tidak
cedera.
Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Dzulkifli
Ab Ghani, berkata mangsa meninggal dunia di di tempat kejadian, manakala dua
mangsa yang cedera, termasuk kanak-kanak berusia 10 tahun dirawat di Hospital
Machang.
"Mayat mangsa dibawa Hospital Machang untuk bedah
siasat. Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR)," katanya
ketika dihubungi, sebentar tadi.
Langgan:
Catatan (Atom)