Nelayan lemas dipanah petir
Oleh Mohd Hanafis Abdul Haris
hanafis@hmetro.com.my
Batu Pahat : Seorang lelaki berusia 21 tahun dikhuatiri
lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam laut akibat dipanah petir ketika
menangkap ikan berhampiran Rumah Api Sungai Ayam, Senggarang, di sini,
kira-kira jam 5.30 petang tadi.
Mangsa dikatakan terjatuh ke dalam laut ketika memukat di
kawasan berkenaan seorang diri.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Mohd
Khalid, Jamari Rumadi, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian
itu pada jam 5.59 petang dan tiba di lokasi 15 minit kemudian.
“Mangsa dikenali sebagai Ng Yong Ching, berusia 21 tahun dan
ketika kejadian ada seorang saksi berhampiran lokasi berkenaan.
"Seramai enam anggota dikerah mencari mangsa,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 January 2016 @ 11:18
PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan