FIRMAN ALLAH

Dialah yang memperlihatkan kepada kamu kilat, untuk menimbulkan ketakutan dan keinginan dan Dialah yang menyusun awan yang berat.

Dan bertasbihlah petir dengan memujiNya, dan malaikat pun lantaran takut kepadaNya, dan Dia kirimkan halilintar (kilat) dan Dialah timpakan kepada barangsiapa yang Dia kehendaki, namun mereka masih membantah tentang Allah, padahal Dia adalah sangat pedih siksaan.
(Surah Ar Ra’ad :12-13)

Selasa, 29 November 2011

Maut dipanah petir



Maut dipanah petir
Oleh : Wartawan Sinar Harian
Tarikh : November 29, 2011

SUA BETONG – Kegembiraan sebuah keluarga dapat berkumpul dan ber­bual-bual di ruang tamu rumah di Ladang Dundee tidak berpanjangan apabila salah seorang daripada mereka maut dipercayai dipanah petir kira-kira jam 6.30 petang, kel­marin.

Mangsa, Law Chin Hong, 30, disahkan maut sebaik tiba di Hospital Port Dickson untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Adik mangsa, Law Chin Lai, 28, berkata, ketika itu, waktu hujan dan ada kilat serta guruh.

Menurutnya, mereka sekeluarga berkumpul di ruang tamu dan berbincang seperti yang mereka sering lakukan sebelum ini.

“Kemudian tidak lama selepas itu, Chin Hong bangun dari tempat duduknya dan memberitahu dia mahu mengecas bateri telefon bimbitnya.

“Selepas itu, dia terus rebah dan tidak sedarkan diri walaupun dipanggil beberapa kali,” katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Port Dickson, semalam.

Chin Lai berkata, keadaan Chin Hong yang hanya memakai seluar jelas kelihatan di bahagian kepala dan sebahagian badannya ada kesan terbakar.

“Kami kemudian menghantarnya ke hospital dan doktor bertugas memaklumkan Chin Hong sudah meninggal dunia,” katanya.

Menurutnya, kawasan rumah itu sering berlaku kejadian dipanah petir.

“Sebelum ini, ada pokok yang terkena petir dan begitu juga dengan perkakasan rumah seperti televisyen.

“Kadangkala, walaupun tiada hujan dan petir, ketika berjalan di tanah dapat dirasakan sedikit kejutan elektrik. Namun saya tidak menyangka ia akan meragut nyawa abang saya,” katanya.

Chin Hong yang bekerja sebagai pemandu kren meninggalkan seorang isteri dan dua anak masing-masing masih berumur 3 dan 1 tahun.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Baljeet Singh ketika dihubungi me­ngesahkan kejadian tersebut.
http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/maut-dipanah-petir-1.8591

Tiada ulasan:

Catat Ulasan