FIRMAN ALLAH

Dialah yang memperlihatkan kepada kamu kilat, untuk menimbulkan ketakutan dan keinginan dan Dialah yang menyusun awan yang berat.

Dan bertasbihlah petir dengan memujiNya, dan malaikat pun lantaran takut kepadaNya, dan Dia kirimkan halilintar (kilat) dan Dialah timpakan kepada barangsiapa yang Dia kehendaki, namun mereka masih membantah tentang Allah, padahal Dia adalah sangat pedih siksaan.
(Surah Ar Ra’ad :12-13)

Khamis, 22 Mei 2014

Pesawat MAS dipanah petir




Alor Setar: Lebih 50 penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH1348 yang dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Langkawi, di sini, berdepan detik cemas apabila salah satu enjin pesawat berkenaan terkena panahan petir, semalam.

Dalam kejadian jam 11.50 pagi, penumpang dan anak kapal dikejutkan dengan satu dentuman kuat sebelum disusuli pancaran cahaya seperti api di bahagian enjin sebelah kiri pesawat terbabit.

Seorang penumpang yang enggan dikenali berkata, pesawat itu berlepas dari KLIA pada jam 11.05 pagi sebelum berlaku gegaran kuat selepas 15 hingga 20 minit penerbangan dipercayai akibat cuaca buruk.

“Ketika itu, semua penumpang panik sehingga ada antara mereka menjerit dan menangis,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Menurutnya, sebaik pesawat mendarat, dia terkejut mendapati kesan berlubang sebesar bola golf pada satu enjin berkenaan.

Sementara itu, pihak MAS dalam kenyataan medianya mengesahkan kejadian berkenaan.

Menurutnya, pesawat berkenaan selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan tiada kemalangan mahupun kerosakan dilaporkan berlaku.

“Pesawat dihantar untuk pemeriksaan sebelum dibenarkan meneruskan penerbangan ke Kuala Lumpur,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/21


Selasa, 13 Mei 2014

Pemandu jentolak maut dipanah petir

KEMAMAN 12 Mei 2014 - Seorang pemandu jentolak warga emas maut disambar petir di sungai berhampiran rumah kongsi syarikat pembalakan di hutan Cenderong Air Putih dekat sini semalam.

Kejadian berlaku pada pukul 6.15 petang ketika mangsa, Ng Choon Wah, 70, bersama tiga rakannya sedang mandi selepas kembali dari kerja.

Seorang saksi, Mustafa Mahmud, 53, memberitahu, beliau berada dalam lingkungan 30 meter dari tempat kejadian dan mendengar dentuman kuat, diikuti percikan api menyambar mangsa.

“Saya bergegas mendekati mangsa dan mendapati dia sudah meninggal dunia dengan kesan lebam di badan dan muka akibat kejadian itu," kata Penyelia Hutan itu ketika ditemui di rumah mayat Hospital Kemaman hari ini.

Mangsa yang yang berasal dari Bentong Pahang itu dibawa keluar menggunakan kenderaan pacuan empat roda sejauh 40 kilometer dari Pekan Air Putih sebelum dibawa ke Hospital Kemaman pada pukul 12.30 pagi ini

Mustafa berkata, disebabkan hujan dan jalan becak, perjalanan membawa mayat mangsa mengambil masa dua jam untuk sampai pekan Kampung Air Putih.

Ketua Polis daerah, Supritendan Che Suza Che Hitam ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kematian mangsa dan mengklasifikasikan kejadian sebagai mati mengejut.

Ahad, 4 Mei 2014

Teh terakhir pengembala lembu


Teh terakhir pengembala lembu
4 Mei 2014

Teluk Intan: Seorang pengembala lembu bersama seekor ternakannya, maut selepas dipanah petir ketika hujan lebat dalam kejadian di Tali Air 6, Chenderong Balai, Labu Kubong, dekat sini, petang tadi.

Dalam kejadian 4.30 petang itu, mangsa Muhamad Ramli Rais, 59, dikatakan sedang membawa 20 lembu miliknya ke kandang, sebelum dipanah petir bersama seekor daripada terkanannya itu.

Seorang rakan mangsa, Amir Din, 46, ketika ditemui berkata, ketika kejadian hujan lebat dan arwah bersamanya sempat minum petang di sebuah warung.

"Saya bersama arwah sedang minum teh di sebuah warung berhampiran, sebelum arwah tiba-tiba beredar kerana mahu membawa pulang kesemua 20 lembunya ke kandang.
"Namun, tidak sampai beberapa minit selepas itu, seorang rakan lain datang memberitahu arwah dipanah petir dan saya segera ke tempat kejadian serta melihat tubuh arwah terbujur di atas tanah berhampiran parit, manakala lembunya yang turut mati berada kira-kira 10 meter dari arwah," katanya ketika di temui di tempat kejadian.

Sementara itu, anak mangsa, Muhamad Sazuan Ramli, 19, berkata sebelum ini ayahnya tidak menunjukkan sebarang perubahan atau pun tingkah laku yang pelik.

Katanya, sebelum keluar rumah arwah tidak berkata apa-apa dan kami sekeluarga tahu arwah ke padang ragut berhampiran untuk membawa pulang kesemua 20 lembu peliharaannya.

"Kami sekeluarga sangat terkejut dengan kejadian yang berlaku dan bersedih atas permegiannya, namun walaupun kejadian ini begitu tragis dan menyayat hati kami sekeluarga reda serta menerima ketentuan tuhan," katanya sebak.

Ketua Polis daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang ketika di hubungi mengesahkan kejadian itu dan menurutnya mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik, Hospital Teluk Intan untuk dibedah siasat sebelum di tuntut ahli keluarganya.

"Polis mengesahkan mangsa mati akibat dipanah petir dan mengklasifasikan kes ini sebagai mati mengejut," katanya.

Khamis, 24 April 2014

11 ekor lembu mati dipanah petir




24 April 2014

Alor Gajah: Seorang penternak mengalami kerugian hampir RM25,000 selepas 11 lembu peliharannya mati akibat dipanah petir di Kampung Telok Berembang, Lubok Cina, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang, haiwan berkenaan dikatakan sedang berteduh di bawah pokok berhampiran kandang ketika hujan lebat yang disusuli petir.

Ketika berteduh, berlaku tiga dentuman petir yang dipercayai menyambar kawanan ternakan itu.

Kejadian disedari pemilik lembu Mat Pisar Mansor, 46, yang berada tidak jauh dari tempat kejadian.

Pengarah Veterinar negeri Dr Azlan Enjah mengesahkan kejadian.

Selasa, 22 April 2014

Tanah runtuh akibat pokok kena petir




22 April 2014

REMBAU –  Sepasang suami isteri warga emas di Kampung Nerasau, dekat sini, tidak menyangka bunyi dentuman di hadapan rumahnya adalah kejadian tanah runtuh.

Kamarudin Othman, 73, berkata, pada mulanya, dia dan isterinya menyangka bunyi itu adalah pasu yang terjatuh.

Menurutnya, kejadian itu berlaku ketika hujan lebat dan selepas bunyi dentuman, bekalan elektrik ke kediamannya terputus.

“Sebaik menghubungi Tenaga Nasional Berhad (TNB)  TNB, pihak berkenaan menyuruh saya mengambil nombor tiang elektrik di luar rumah dan saya keluar bagi mendapatkan nombor tiang berkenaan. Bagaimanapun, saya terkejut apabila mendapati tiang elektrik patah dua dan tanah jalan rumah jiran saya sudah runtuh.

“Mungkin pokok di tebing ini dipanah petir berikutan terdapat kesan seperti panahan petir sehingga menyebabkan tanah runtuh. Saya terus menghubungi agensi berkaitan dan bantuan tiba tidak lama kemudian,” katanya ketika ditemui di kediamannya, semalam.

Kamarudin berkata, sejak dia mendiami kediamannya kira-kira 12 tahun lalu, insiden tanah runtuh seperti itu adalah yang pertama kali berlaku.

Sementara itu, Pegawai Daerah, Zaidi Johari berkata, pihaknya ada menerima aduan berhubung insiden berkenaan dan sekiranya lokasi berkenaan berbahaya, pihaknya akan meminta peruntukan segera di bawah bencana alam.

Khamis, 17 April 2014

Sekolah dan beberapa rumah terbakar dipanah petir




Traffic chaos: A photo taken from Facebook user Elise Lai's page showing the flash floods in the Johor Baru area.

Tuesday April 15, 2014
Traffic brought to a standstill, 200 houses in knee-deep water

KULAIJAYA: A two-hour thunderstorm not only brought traffic to a standstill in many parts of the city but also caused about 200 houses to be covered by knee-deep flood water.

Several houses and a school caught fire after being struck by lightning during the 5pm downpour.

Fires were reported in at least seven places, including SK Kangkar Tebrau and four homes in Taman Daya and Kampung Mohd Amin.

However, firemen managed to put the fires out before they spread.

There were also two cases of uprooted trees in Taman Dahlia and Simpang Renggam.

The storm also caused massive flash floods and traffic chaos along Jalan Lido, Jalan Tebrau, Pasir Gudang and Jalan Tun Abdul Razak, Jalan Skudai and Kulai.

Knee-deep flood water entered about 200 houses in Kampung Ubi Tebrau.

Johor Fire and Rescue Department assistant director of operations Mohd Rizal Buang said they were kept busy attending to fires and fallen trees.

“The wind and lightning were really bad. Our forensics team is investigating the fires at the school and houses,” he added.



Four fire engines raced to the school after the department received a call at 5.30pm.

A fire official said they brought the fire under control within 15 minutes but the top floor of the three-storey building was destroyed.

“For the three houses in Taman Daya, the fires were put out within half an hour,” said the official, adding that another house in Kampung Mohd Amin was also damaged after being struck by lightning.

Isnin, 14 April 2014

Petir ancam nyawa, harta



Di negara kita pada Januari lalu, dalam satu kejadian di Alor Gajah Melaka pula, sebanyak 22 ekor lembu ditemui mati bergelimpangan dalam kandang akibat disambar petir membabitkan kerugian RM45,000.

Seorang pengkaji petir tempatan, Hartono Zainal Abidin berkata, petir atau kilat adalah fenomena nyahcas elektrik (electrical discharge) berarus tinggi yang berlaku antara awan dengan awan atau di antara awan dengan bumi.

Katanya, laluan kilat berukuran antara beberapa kilometer (kilat awan ke bumi) hingga beratus kilometer (kilat awan ke awan).

“Kilat terdiri daripada cas positif atau cas negatif. yang mana setiap kilat, awan ke bumi terdiri daripada satu hingga dua dozen lejang (strokes).

“Kilat boleh menyambar sejauh 20 kilometer (km) dari awan yang mengakibatkan fenomena bernama kilat langit biru atau bolt-from-the-blue" ujarnya.

Beliau berkata, sekiranya seseorang yang berdiri di tengah padang, individu terbabit adalah sasaran yang berisiko tinggi untuk disambar kilat. Sekiranya ada kilat di kawasan berdekatan, individu terbabit mungkin akan memintas lejang kilat dan menjadi mangsa penahan kilat.

“Dalam keadaan seperti ini, seseorang mesti mencari tempat perlindungan yang besar dan kukuh apabila mendengar guruh atau melihat awan hitam yang berdekatan," ujarnya.

Bagaimanapun insiden manusia disambar kilat atau petir sering menjadi isu tetapi menurut Hartono, semenjak memulakan kajian pada tahun 1985, beliau telah mengumpul beberapa insiden yang membahayakan penghuni dalam bangunan.

Oleh itu, beliau banyak memerhati insiden berkaitan kilat dan menjalankan penyelidikan berkaitan serangga kilat ke atas bangunan yang boleh disifatkan sebagai perlu diberi perhatian. Malah, katanya, insiden yang melibatkan bangunan besar pun pernah dilaporkan.

“Malah pada tahun 1990, sebuah dewan latihan tentera di negara ini telah disambar kilat yang mengakibatkan kematian seorang askar dan mencederakan berpuluh yang lain," ujarnya.

Sehubungan itu kata beliau, sesiapa yang mengatakan bahawa 'tidak ada insiden kilat menyambar bangunan hingga membahayakan penghuni' telah membuat satu kesilapan yang besar.

Ini kerana kata Hartono, individu terbabit mungkin baru saja membuat kajian dalam bidang tersebut dan dia mungkin belum terserempak dengan insiden yang mencederakan atau mengorbankan penghuni bangunan.

Menurut Hartono, sebagai perbandingan kekuatan kilat adalah di antara 2,000A (ampere) hingga 250,000A berbanding cerek elektrik yang diguna di rumah biasanya menggunakan sebanyak 10A sahaja.

Berdasarkan kajiannya, ancaman kilat terhadap bangunan adalah amat serius. memandangkan negara ini terletak dalam kawasan kepadatan kilat yang amat tinggi (very high lightning flash density zone).

Menurut beliau, tahap kerosakan yang dialami oleh bangunan bergantung pada kekuatan kilat yang dipintas dan bahan binaan pada bahagian yang rosak.

Sebagai contoh, bahagian bangunan yang mengguna batu bata sahaja boleh mengalami kerosakan lebih teruk berbanding bahagian yang mengguna konkrit dan tetulang besi.

Menurut Hartono lagi, jumlah bangunan rosak akibat disambar kilat di Kuala Lumpur adalah yang tertinggi di dunia.

Ini berlaku kerana penggunaan meluas rod kilat yang digunakan sebelum ini, iaitu pelepasan penjurus awal (ESE) tidak langsung melindungi bucu bangunan daripada disambar kilat.

Hartono berkata, sejak tahun 1995, kajian bergambar yang beliau hasilkan mengenai kerosakan bangunan akibat disambar kilat di negara ini telah dijadikan asas untuk beberapa organisasi menyemak semula piawaian sistem perlindungan kilat.

Sistem piawaian tersebut termasuk,Standards Australia, Persatuan Perlindungan Kilat Kebangsaan (NFPA), IEC, National Standards of Colombia serta Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).

Menghuraikan lebih lanjut, Hartono berkata, sistem perlindungan kilat berdasarkan konsep, iaitu apabila setiap kali lejang kilat (lightning stroke) memasuki kawasan yang perlu dilindungi, ia akan dipintas oleh sistem itu dan melencongkannya ke bumi melalui laluan yang selamat.

Beliau berkata, sistem perlindungan kilat terdiri daripada beberapa rod kilat yang diletak di lokasi yang berisiko tinggi untuk memintas lejang kilat.

Berdasarkan kajian beliau yang bermula pada 1990-an, kira-kira 90 peratus bangunan di negara ini dipasang dengan sistem perlindungan kilat yang tidak tidak menepati piawaian.

Sistem perlindungan kilat yang tidak betul terdiri daripada sistem yang ralat reka bentuknya atau mengguna rod kilat yang tidak terbukti dari segi saintifik.

Rod kilat yang tidak saintifik termasuk jenis:

Pelepasan penjurus awal-Early Streamer Emission (ESE).

Sistem pemindahan cas-Charge Transfer System (CTS) atau juga dengan nama Dissipation Array System (DAS).

Penghapus kilat semikonduktor -Semiconductor Lightning Eliminator (SLE).

Laporan terkini daripada Majlis Antarabangsa Sistem Eelektrik Besar (CIGRE) telah memberi asas saintifik yang kukuh mengapa rod kilat jenis ESE dan yang lain tidak boleh digunakan demi keselamatan umum.

Kajian Hartono telah di sebut sebagai bukti kukuh yang mendedahkan kegagalan rod kilat ESE.

Penggunaan ESE gagal

Penggunaan ESE gagal

Berdasarkan kajian, satu daripada cara melindungi bangunan daripada ancaman kilat ialah penggunan rod pelepasan penjurus awal atau early streamer emission (ESE). Bagaimanapun menurut pengkaji kilat tempatan Hartono Zainal Abidin kerajaan telah mengharamkan rod kilat ESE yang menggunakan isotop radioaktif pada 1989.

Pembuat rod kilat ESE telah menghasilkan rod kilat ESE yang menggunakan kaedah elektrostatik untuk mengelirukan pengguna.

Penggunaan rod kilat ESE bukan saja telah menyebabkan kerosakkan pada bangunan tetapi telah menyebabkan sekurang-kurangnya satu kematian di institusi pengajian tinggi.

Pada tahun 2012, seorang penuntut di Melaka telah disambar petir walaupun dia berada di dalam kawasan perlindungan kilat rod ESE.

Walaupun banyak bangunan disambar kilat setiap tahun, hanya segelintir sahaja yang dilaporkan dalam akhbar. Begitu juga dengan insiden orang ramai disambar kilat.

Boleh dikatakan hanya 10 peratus sahaja insiden kilat dilaporkan oleh media.

Menurut Hartono, lebih dari 12 jenama ESE di negara ini dan bilangannya sedang meningkat setiap tahun.

Kebanyakan jenama rod ESE tersebut berasal dari Eropah seperti Perancis, Sepanyol, Asia Selatan (India, Sri Lanka), Asia Timur (Taiwan, Korea) dan Australia.

“Setiap jenama ESE mempunyai satu atau lebih model rod kilat ESE," katanya.

Keadaan tersebut berlaku kerana tiada kawalan daripada segi pengimport, penjualan dan kegunaan rod kilat ESE walaupun kegunaannya tidak diiktiraf oleh Suruhanjaya Elektroteknikal Antarabangsa (IEC) dan Majlis Antarabangsa Sistem Elektik Besar (CIGRE). Kedua-dua organisasi tersebut mempunyai perwakilan di peringkat nasional di negara ini.

Sirim Berhad (Sirim) juga telah mengiktiraf piawaian perlindungan kilat IEC sebagai piawaian negara semenjak 2001.